Skip to main content

Adib beritahu dia dipukul


SHAH ALAM -- Anggota bomba  Muhammad Adib Mohd Kassim memberitahu seorang petugas Institut Jantung Negara (IJN) bahawa beliau dipukul, Mahkamah Koroner di sini diberitahu hari ini.
Perkara ini didedahkan  Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik IJN Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib ketika beliau memberi keterangan sebagai saksi ke-14 dalam inkues berhubung kematian Adib.
Katanya seorang daripada anggota pasukan perubatannya, dikenali sebagai Ashraf,  yang merawat Adib semasa beliau dimasukkan ke IJN, memberitahunya bahawa dia (Ashraf) bertanya sama ada Adib ingat tentang peristiwa itu dan anggota bomba itu menganggukkan kepalanya.
"Ashraf juga memberitahu saya pada Hari Krismas (25 Dis) bahawa Adib turut menganggukkan kepalanya apabila ditanya sama ada dia dipukul.
"Beliau memberitahu saya perkara ini beberapa hari selepas Adib meninggal dunia pada 17 Dis tahun lepas dan saya memintanya merujuk kepada peguam kami kerana saya tidak tahu apakah tindakan selanjutnya," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadini Khairuddin, yang juga pegawai pengendali inkues berkenaan, pada hari kesembilan prosiding itu.
Bagaimanapun, Dr. Mohamed Ezani berkata Adib memberi jawapan yang berlainan semasa pegawai penyiasat polis (IO) datang menemu bualnya di hospital.
Fatin Hadni: Adakah kamu sedar bahawa seorang pegawai penyiasat datang untuk menemu bual pesakit ini?
Dr. Mohamed Ezani: Ya. Saya ada semasa temu bual itu.
Fatin Hadni: Apakah soalan yang ditanya oleh IO itu?
Dr. Mohamed Ezani: Beliau tanya Adib ingat tak apa yang berlaku? Dia (Adib) menjawab dengan menggelengkan kepala.
Fatin Hadni: Adakah kamu cuba berkomunikasi dengan pesakit?
Dr. Mohamed Ezani: Ya, antara hari kelima atau enam. Saya tanya kepadanya sama ada dia ingat apa yang berlaku tetapi dia juga menggelengkan kepala. Saya berhenti di situ dan tidak bertanya lebih lanjut.
Beliau berkata Adib tidak boleh bercakap kerana terdapat tiub di dalam mulutnya dan  hanya boleh berkomunikasi dengan bahasa isyarat serta tulisan.
"Keadaan Adib bertambah baik selama beberapa hari apabila beliau semakin sedar dan boleh memberi respons jika kami memanggilnya. Malah beliau memberi respons semasa kami memanggil namanya dan boleh melakukan beberapa arahan misalnya menggerakkan anggota badan dan kakinya.
"Beliau juga berupaya menggunakan papan putih dan pena untuk berkomunikasi selain mahukan telefonnya,” katanya.
Ketika menjelaskan keadaan Adib, Dr Mohamed Ezani berkata buah pinggang anggota Bomba itu tidak dapat dipulihkan dan beliau memerlukan dialisis sehinggalah menghembuskan nafas terakhir.
Katanya walaupun menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang baik, keadaan  Adib tiba-tiba merosot pada 14 Dis apabila beliau gagal mengekalkan oksigen dan nafasnya pendek.
"Pada 15 Dis, keadaan beliau terus bertambah buruk dan kami terpaksa  menggunakan semula mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) untuk menstabilkan paras oksigen dan tekanan darahnya. Bagaimanapun, keadaannya terus merosot pada 16 Dis sungguhpun semua rawatan diberikan dan beliau meninggal dunia pada keesokan harinya,” katanya.
Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...