Skip to main content

Asfia perlu disingkir dari jawatan


KUCHING -- Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan Wong King Wei telah melabelkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebagai kurang demokratik dan speaker DUN sekarang Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar sebagai penghalang bagi pembaharuannya.

Oleh itu, Wong mencadangkan bahawa Asfia yang telah menjadi speaker selama 19 tahun disingkirkan daripada jawatan untuk membolehkan Dewan Undangan Negeri Sarawak menjadi institusi yang lebih demokratik.

Wong berkata demikian kepada pemberita hari ini selepas menghadiri prosiding di hadapan Jawatankuasa Hak Keistimewaan DUN Sarawak berhubung aduan melanggar hak keistimewaan parlimen.

Beliau berpendapat bahawa satu-satunya cara untuk menyingkirkan Asfia daripada jawatan speaker ialah dengan menukar kerajaan negeri pada pilihan raya negeri akan datang.

Sekiranya didapati bersalah, Wong boleh digantung daripada menghadiri sidang DUN Sarawak selama beberapa bulan yang menurut Wong adalah berdasarkan kes-kes pada masa lalu, mungkin selama empat hingga enam bulan.

Menurut Wong, beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan hari ini berikutan ucapannya pada persidangan DUN 12 Nov lalu yang mempersoalkan kredibiliti Wong menepati waktu dalam mengendalikan persidangan DUN.

Beliau berkata dalam bahagian ucapan itu, beliau menyatakan bahawa speaker tidak membenarkan apa-apa usul daripada pihak pembangkang untuk dibahaskan pada persidangan dewan sambil melindungi eksekutif daripada menjawab soalan mengenai isu-isu yang ingin diketahui oleh orang ramai.

Beliau berkata Jawatankuasa Hak Keistimewaan terdiri daripada tujuh anggota tetapi enam hadir sementara Asfia tidak hadir, maka mesyuarat hari ini dipengerusikan oleh timbalan pengerusi, yang juga timbalan speaker DUN Sarawak.

Wong berkata sebelum prosiding bermula pagi ini, beliau mencabar kesahihan prosiding berdasarkan sama ada pengerusi dibenarkan untuk tidak menghadirinya.

Beliau berkata tafsirannya mengenai Perintah Tetap 73 (6) ialah sekurang-kurangnya empat orang anggota termasuk pengerusi mesti hadir untuk membentuk kuorum.
Wong juga mencabar peranan Jawatankuasa Keistimewaan pada persidangan 12 Nov kerana tidak ada usul substantif untuk dibahaskan bagi membolehkan beliau dirujuk kepada jawatankuasa itu, tetapi hanya selepas ucapannya speaker menjalankan undian untuk merujuknya ke jawatankuasa tersebut.
"Buat masa ini, saya hanya menunggu cadangan jawatankuasa untuk dikemukakan kepada DUN untuk membuat keputusan," katanya, sambil menambah bahawa ia adalah ssesuatu yang menyedihkan.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...