Skip to main content

Bekas MP UMNO boleh tarik akar umbi UMNO?


SEMENYIH -- Tujuh bekas Anggota Parlimen UMNO yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selasa lepas akan memainkan peranan menarik anggota akar umbi terutamanya penduduk luar bandar untuk meninggalkan parti itu dan menyokong Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu telah dijelaskan oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PH dengan panjang lebar dan telah diterima dengan baik.

Beliau berkata tujuh individu berkenaan mempunyai peranan untuk menjelaskan kepada anggota akar umbi UMNO untuk menyokong kepimpinan Dr Mahathir dan membantu kerajaan membaiki negara.

"Saya kira justifikasi itu saya boleh terima dan kita harus maju ke depan, satu faktor yang boleh menyumbang kerana mereka ini akan turun ke bawah dan bertemu anggota UMNO menjelaskan keperluan untuk meninggalkan UMNO, UMNO sebuah parti yang telah rosak," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Tambah Mohamed Azmin, beliau mengakui PH sukar menembusi kubu kuat UMNO terutamanya di kawasan luar bandar dan hanya Anggota Parlimen UMNO sahaja boleh berbuat demikian

Selasa lepas, enam bekas Anggota Parlimen UMNO iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) menerima kad keanggotaan Bersatu daripada Dr Mahathir.

Turut menerima kad keanggotaan Bersatu ialah Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang menyertai Bersatu hujung tahun lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...