Skip to main content

BN/PAS lagakan Tun M dengan Anwar?


TANAH MERAH -- Perbuatan cuba melaga-lagakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad adalah agenda pihak pembangkang.
Pengerusi PKR Kelantan Datuk Seri Muhammad Supardi Md Nor berkata cubaan musuh Pakatan Harapan (PH) itu bertujuan untuk memecah belahkan hubungan antara kedua-dua pemimpin terbabit.
"Ia adalah agenda pembangkang, rakyat perlu tahu hubungan antara Dr Mahathir dengan Anwar cukup baik dan menjadi kerisauan kepada  pihak yang tidak senang hati dengan hubungan itu.
"Kami (negeri) diberikan keyakinan oleh Anwar semasa mesyuarat Majlis Pemimpinan Pusat (MPP) semalam bahawa beliau (Anwar) dan Dr Mahathir tidak mempunyai masalah," katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Program Perhimpunan Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tanah Merah Bersama Pemimpin Masyarakat di Pejabat AADK Tanah Merah.
Sebelum ini media melaporkan ada pihak mendakwa Pakatan Harapan merancang untuk mengetepikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan melaga-lagakan hubungan antara dua pemimpin itu.
"Kita perlu terus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri sedia ada bagi menguruskan negara dan rakyat sehingga Anwar diberikan peluang untuk melaksanakan tugas-tugas itu kemudian.
"Ia adalah perjanjian dalam PH tiada siapa yang boleh menafikan perjanjian ini kerana kami PH tiada masalah, namun yang mempunyai masalah ialah PAS dan UMNO yang berkemungkinan melakukan adu domba dalam kes ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...