Skip to main content

Bukan letak jawatan - Noor Rashid


KUALA LUMPUR -- Empat pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bersara wajib secara berperingkat mulai Mac ini dan bukannya meletak jawatan serentak seperti yang didakwa.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, proses berkenaan adalah prosedur biasa bagi penjawat awam.
"Antara pegawai yang akan bersara dalam masa terdekat ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd pada 15 Mac dan diikuti saya sendiri pada dua hari kemudian.
"Selain itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh akan bersara pada April ini diikuti Ketua Polis Negara ,Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada Mei ini," katanya pada Majlis Penutup Kolokium Kaunselor PDRM 2019.
Baru-baru ini, tersebar khabar angin menerusi aplikasi Whatsapp yang mengatakan empat pegawai kanan itu akan meletak jawatan secara serentak dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai laporan polis oleh Dewan Pemuda Pas mendakwa DAP menerima dana asing, Noor Rashid berkata tiada tindakan akan diambil sekiranya dana yang diterima itu tidak berkaitan dengan sebarang kesalahan jenayah.

Terdahulu, seramai 70 pegawai polis dari seluruh negara yang menyertai kolokium selama dua hari itu diiktiraf sebagai kaunselor PDRM.

Noor Rashid berkata kesemua pegawai yang kebanyakannya bertugas di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard itu bertanggungjawab memberikan khidmat kaunseling kepada warga PDRM yang telah dikenal pasti menghadapi masalah tekanan di sesuatu kontinjen.

Beliau berkata setakat ini tahap depresi dalam kalangan anggota dan pegawai polis tidak terlalu tinggi namun kolokium kaunselor yang julung kali diadakan itu perlu dijadikan program tahunan bagi meningkatkan kepakaran pasukan itu dalam bidang berkenaan.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...