Skip to main content

Cukup SPRM saja


KUALA LUMPUR -- Tiada keperluan untuk membuat laporan polis setakat ini berhubung kes ketirisan hasil kerajaan yang dianggarkan melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaan projek ‘land swap’ kementerian ini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata kes berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Ya, kementerian saya telah membuat laporan kes itu pada minggu lepas dan terserah kepada kebijaksanaan SPRM untuk mengendali dan menyiasat kes ini.

“Oleh yang demikian, kes berkenaan tidak ada kaitan dengan polis setakat ini dan biar SPRM siasat terlebih dahulu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) 2019 Kementerian Pertahanan, di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, satu laporan dibuat SPRM berkenaan isu ‘land swap’ atau pertukaran tanah milik kementerian berkenaan membabitkan projek pembinaan Kem Paloh, Johor dan Kem Hutan Melintang, Perak. 

Laporan itu dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaie Ismail di ibu pejabat SPRM Putrajaya, susulan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Kewangan dan Perolehan, yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang, terhadap 16 isu ‘land swap’ membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan.

Mohd Nasaie yang membuat laporan itu berkata kedua-dua projek itu dijalankan oleh pihak swasta hasil pertukaran tanah tapak Kem Kinrara di Selangor dan Kem Rasah di Negeri Sembilan.

Pada 19 Feb lepas, Mohamad dalam kenyataan berkata pihaknya telah menerima laporan akhir siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang ke atas beberapa projek kementerian termasuk ‘land swap’. 

Laporan siasatan itu juga dibentangkan dan diterima dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 13 Feb lepas.

Menurutnya, hasil siasatan jawatankuasa itu yang telah dibentangkan pada 28 Jan lepas mendapati terdapat 16 projek ‘land swap’ melibatkan 1,286 hektar (2,923 ekar) tanah milik Kementerian Pertahanan  bernilai RM4.756 bilion dan melibatkan kos projek RM4.886 bilion.

Terdahulu, Mohamad menyampaikan sijil kepada 459 penerima APC dan pingat PPT yang terdiri daripada penjawat awam di Wisma Pertahanan dan unit-unit tentera, warga ATM serta pesara awam terpilih manakala selebihnya dilaksanakan bahagian dan jabatan masing-masing.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Halimi Abd Manaf dan Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...