Skip to main content

Dia banyak meragam dan minta perhatian


IPOH -- Permintaan Nur Qhaisara Medina Supian, 2, untuk meminum susu adalah yang terakhir sebelum kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat tertusuk pisau.

Ibu mangsa Hana Mazlan, 27, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, dia sedang tidurkan anak bongsunya di ruang dapur rumah di Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau dekat sini sebelum didatangi mangsa yang mahu minum susu.

“Semasa minta susu saya cakap dekat dia tunggu sekejap saya tengah buai anak bongsu. Dia (mangsa) kemudian pegi ke neneknya yang juga berada di bahagian dapur sebelum terpijak pinggan.

“Dia kemudian jatuh atas pinggan itu sebelum pisau yang berada di atas pinggan tertusuk di bahagian kiri perut. Pisau itu anak saya yang sulung guna untuk potong buah mempelam, saya tak tahu pisau itu ada di situ,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Ibu kepada lima orang anak itu berkata dia terus memangku anaknya yang tiba-tiba menangis dan mengosok-gosok badan anaknya sebelum menyedari pisau sepanjang 15 sentimeter itu tertusuk di perut mangsa.

“Selepas ibu mentua saya tarik pisau itu dan dia tak sedarkan diri. Kami bawa dia ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Parit Buntar dan disahkan meninggal dunia,” katanya dan menambah mangsa di bawa ke HRPB untuk bedah siasat.

Menurut Hana, semasa kejadian kesemua anaknya yang berumur 9 tahun hingga empat bulan serta kedua ibu bapa mentua berada di rumah dan ketika kejadian mangsa baru sahaja mandi dan tidak berpakaian.

Sementara itu, bapa mangsa Supian Samsuri, 42, yang bekerja sebagai pemandu jentera di Pertubuhan Peladang Negeri Perak Utara di Titi Serong berkata semasa kejadian dia sedang bekerja dan kejadian itu dimaklumkan oleh sepupunya kira-kira pukul 10 pagi.

Beliau berkata mangsa yang sebelum ini tidak banyak ragam, akhir-akhir ini suka menarik perhatian dan banyak ragam.

“Anak saya sebelum ini suka buat hal sendiri, tak kacau orang, tetapi sejak kebelakangan ini dia banyak ragam dan kerap duduk atas pangku saya,” katanya.

Katanya, mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pial Baroh esok.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...