Skip to main content

Dr Streram tidak dikehendaki untuk DUN Rantau


SEREMBAN -- Badan Bertindak Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.
Pengerusinya Zuljimmykifli Sahari berkata Streram yang juga Penyelaras DUN Rantau itu, bukan anak jati DUN Rantau dan dikhuatiri akan ditolak pengundi tempatan sekiranya menjadi calon.
Katanya pucuk pimpinan harus memilih calon tempatan dan anak jati kelahiran DUN Rantau yang lebih dikenali, berbanding calon sebelum ini.
"Saya bersama 369 ahli dalam badan tersebut, sebulat suara menolak Streram sebagai calon di PRK Rantau, sebaliknya menyatakan sokongan kepada Sapian Musa yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Cabang Rembau.
"Sapian merupakan anak jati DUN Rantau, dan telah berkhidmat dalam parti sejak tahun 1998 malah beliau antara perintis penubuhan Parti Keadilan di Kelab Tuanku Mambau, serta kawasan Rantau.
"Jasa beliau dalam parti sangat besar, terutamanya dari segi bantuan kewangan, setiap masa beliau mencurahkan bakti dalam parti dan juga masyarakat demi memastikan parti Keadilan terus bangkit, sehingga kita berjaya sampai ke tahap sekarang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir barisan AJK Bertindak Cabang Rembau, Norafrizal Adnan, Aizul Rizza Nazrin dan Zuzamzurin Hashim dan Haslinda Mohamad Baharuddin.
Beliau berkata faktor kemenangan PH bergantung kepada calon yang bertanding, memandangkan calon UMNO iaitu pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang akan bertanding bagi kerusi itu dianggap sebagai 'gergasi' dan sudah pasti calon PH haruslah setanding dengan calon lawan.
“Keutamaan harus diberi kepada anak tempatan dan juga calon tokoh pejuang lama, memandangkan situasi politik semasa lebih memandangkan kepada dua faktor ini.
"Kami berharap suara dan pandangan kami ini didengari serta dipertimbangkan pucuk pimpinan. Bukan kami mahu menentang, sebaliknya hanya sekadar memberi pandangan dan bersuara selari dengan semangat demokrasi negara," katanya.
Bagaimanapun Zuljimmykifli berkata, sekiranya pucuk pimpinan bertegas untuk memilih Streram, pihaknya akan akur dan tetap menyatakan sokongan, demi satu matlamat untuk menumbangkan UMNO di Rantau.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...