Skip to main content

FGV catat kerugian RM1.080 billion


KUALA LUMPUR --  FGV Holdings Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM1.080 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2018, berbanding keuntungan bersih RM130.928 juta yang direkodkan pada 2017.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini juga mengumumkan hasil susut kepada RM13.467 bilion pada 2018 daripada RM16.921 bilion yang dicatatkan dalam tahun kewangan 2017.
Keputusan kumpulan tersebut juga terjejas teruk oleh susut nilai dan harga purata minyak sawit mentah (MSM) rendah pada RM2,282 setan metrik bagi tahun itu. 
Tiada dividen dibayar semasa suku tersebut yang berakhir pada 31 Dis, 2018. 
Dalam satu kenyataan berasingan, FGV berkata ia merekodkan kerugian sebelum zakat dan cukai (LBZT) sebanyak RM1 bilion berbanding keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM403 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh bahagian besar susut nilai dan peruntukan yang berjumlah RM1.038 bilion.
Penurunan harga purata MSM, semasa tempoh tersebut, juga menjejaskan prestasi hasil kasar dan juga pendapatan bersih.
Bagi suku keempatnya yang  berakhir 31 Dis, 2018, kumpulan mencatatkan LBZT sebanyak RM139 juta berikutan susut nilai dan peruntukan yang berjumlah RM240 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata: "Dalam suku keempat, operasi perladangan menumpukan kepada memulihkan keuntungan, proses penyemakan semula dan melaksanakan kawalan baharu bagi memastikan prestasi ladang kami setara dengan pemain utama lain dalam industri.
Sebahagian daripada inisiatif ini telahpun mula membuahkan hasil tetapi penambahbaikan akan lebih ketara pada 2019.” 
Semasa suku tersebut, pengeluaran tandan buah segar (FFB) sektor perladangan susut tiga peratus kepada 1.15 juta tan metrik daripada 1.18 juta tan metrik sejajar dengan penilaian trend pengeluaran FFB nasional Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi 2018. 
Hasil FFB turun kepada 4.62 tan metrik daripada tempoh yang sama tahun sebelumnya pada 4.76 tan metrik.
Berikutan kecekapan yang bertambah baik, kadar pengekstrakan minyak (OER) meningkat empat peratus pada suku keempat 2018 kepada 20.7 peratus berbanding 19.92 peratus pada tahun sebelumnya.  
Jumlah pengeluaran MSM berkurangan enam peratus kepada 816,406 tan metrik berbanding 866,698 tan metrik pada suku yang sama sebelumnya.
Sementara itu, disebabkan pengurangan besar kuantiti pengeluaran FFB, kos harga dikilang meningkat kepada RM1,572 setan metrik berbanding RM1,507 setan metrik sebelumnya.
Sektor gula mencatatkan kerugian RM13 juta bagi suku tersebut berbanding keuntungan RM24 juta dalam suku yang sama tahun sebelumnya manakala sektor logistik dan perniagaan sokongan mencatatkan keuntungan RM19 juta, penurunan besar daripada keuntungan RM109 juta. 
Ini disebabkan susut nilai belum terima yang berjumlah RM10 juta dan susulan perubahan dalam model perniagaan sektor tersebut.
Pelan transformasi FGV telah diluluskan oleh lembaga dan pelaksanaan secara berfasa bermula pada Oktober 2018. 
Inisiatif awal untuk memulihkan keuntungan dan proses perubahan telah menunjukkan petanda awal kejayaan.
“Kami telah memantau prestasi setiap ladang selama beberapa bulan kebelakangan ini dan kami boleh melihat dengan jelas di mana jurang dan bagaimana menanganinya.  
"Setakat ini, 59 peratus daripada ladang FGV telah mencapai angka bajet masing-masing atau mengatasinya,” kata Haris.
Di peringkat kilang, inisiatif untuk mengetatkan kawalan dan mengurangkan kerugian pengilangan sedang dilaksanakan dan FGV memantau kadar penggunaan kilangnya serta mengambil langkah untuk meningkatkan penyumberan FFB daripada pekebun kecil persendirian dan pihak ketiga lain. 
Usaha penanaman semula FGV juga bakal menormalkan profil usia pokok sawit menjelang 2026. 
Pada 2019, FGV menyasar menanam semula 15,000 hektar kawasan dengan sawit.
“Di peringkat strategik, rancangan untuk melupuskan perniagaan bukan teras sedang dilakukan. Begitu juga, usaha penyusunan semula tenaga kerja sedang dilaksanakan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...