Skip to main content

Hukuman lebih berat terhadap penghina agama


KUALA LUMPUR -- Kanun Keseksaan dicadang agar dipinda bagi memberi hukuman lebih berat kepada mereka yang didapati menghina agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata pindaan berkenaan secara dasar dipersetujui dan dijangka dapat dibentang pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun ini iaitu  bulan hadapan, selepas dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
Beliau berkata cadangan pindaan itu bagi mewujudkan satu klausa khusus supaya mereka yang menghina agama boleh dianggap sebagai melakukan jenayah dan diberi hukuman berat.
"Kami buat dalam Kanun Keseksaan hanya kerana kami rasa sudah ada peruntukan itu (dalam Kanun Keseksaan) cuma kami nak bagi ketat lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Standard Penarafan Masjid di Wilayah Persekutuan di sini.
Tegas Mujahid, pindaan itu tidak hanya spesifik kepada penghina agama Islam, tetapi semua agama dalam negara.
"(Cadangan pindaan merangkumi) Sama ada menimbulkan kebencian antara agama, timbulkan satu perkara tidak betul supaya orang marah (antara agama) pun dimasukkan dalam konteks kebencian agama.
"Sebab itu kami nampak (pindaan ini) lebih luas dan sudah tentu siapa yang menghina Rasulullah juga akan dimasukkan dalam perenggan ini (klausa khusus yang akan diwujudkan) tetapi dengan syarat-syarat yang akan ditentukan," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya Mujahid berkata kerajaan Pakatan Harapan memberi komitmen yang tinggi dalam isu menjaga kemuliaan agama Islam dan perpaduan antara semua agama di Malaysia secara keseluruhan.
"Jangan main-main dengan kami, kamu boleh berpolitik untuk katakan kami tidak menjaga agama, kamu boleh berpolitik kononnya dia sahaja yang menjaga agama tapi mainan anda itu cukup bahaya. Ini bukan soal kepartian, mainan ini cukup bahaya kepada sentimen umat islam.
"Sebab itu saya ingin tegaskan di sini kami ambil berat semua isu ini dan undang-undang sedia ada akan diperkukuh bagi mengelak mana-mana pihak menghina Islam secara khususnya dan mana-mana agama secara umumnya," katanya.
Pada majlis itu, Mujahid turut menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan jawatankuasa kariah 86 masjid dan 109 surau Jumaat di Wilayah Persekutuan bagi sesi 2018-2020.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...