Skip to main content

Imej Bossku tidak ada impak


SHAH ALAM -- Imej ‘Bossku’ yang ditonjolkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di media sosial disifatkan sekadar hiburan semata-mata dan belum tentu mampu ‘mencuri’ undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berpendapat walaupun rakyat dilihat bergambar dengan Najib pada program anjuran BN di kawasan DUN berkenaan, namun ia bukan penentu kepada sokongan undi mereka.

“Ia (imej Bossku) sekadar untuk media sosial sahaja, hiburan, belum tentu diterjemah kepada undi. (Program) Bossku yang datang (adalah) mat rempit. (Mereka) daftar mengundi ke tidak?

“Pada saya, biasalah. Individu kalau popular, orang akan jumpa nak tangkap gambar sahaja. Bukan mereka sokong pun, hanya nak masukkan ke dalam Facebook sahaja,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan hasil Kajian Survei Lapangan IDE ‘PRK N24 DUN Semenyih: Apa pilihan pengundi’ di sini, hari ini.

Ditanya sama ada BN perlu ‘berhati-hati’ daripada menonjolkan Najib semasa berkempen nanti, Mohammad Redzuan yakin kepimpinan parti itu lebih mengetahui bahawa penampilan bekas presiden mereka tidak akan meraih undi rakyat di Semenyih.
Tambah beliau, anggota dan penyokong BN khususnya UMNO juga sedar bahawa usaha untuk ‘memulihkan’ semula parti itu harus dimulakan dengan membawa imej baharu.

“Kalau kita baca komen Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan, beliau cuba nak elakkan hubungan parti itu dengan kepimpinan lalu seperti Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (presiden). Beliau sedang berusaha nak tunjuk brand (pembaharuan) dia dalam parti.

“Kalau panggil Najib (berkempen) ia seperti kembali kepada imej lama. Sama seperti di PRK Parlimen Cameron Highlands, walaupun Najib datang tapi beliau tidak mendominasi kempen, cuma untuk popular di media sosial saja,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac ini sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Semenyih, manakala Sabtu ini untuk hari penamaan calon dan tarikh mengundi awal pada 26 Feb.

PRK itu adalah yang keenam diadakan selepas tiga PRK di Selangor iaitu DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia dan DUN Balakong diikuti PRK Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan dan PRK Parlimen Cameron Highlands, Pahang.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandang kerusi tersebut, Bakhtiar Mohd Nor daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 11 Jan lalu akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas, Bakhtiar memperoleh 23,428 undi mengetepikan penyandangnya daripada BN, Datuk Johan Abdul Aziz (14,464); calon PAS, Mad Shahmiour Mad Kosim (6,966) dan S Arutchelvan mewakili Parti Sosialis Malaysia (1,293).


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...