Skip to main content

Jangan percaya alat jimat elektrik


PUTRAJAYA -- Alat jimat tenaga (ESD) yang terdapat di pasaran, tidak berkesan mengurangkan bil elektrik pengguna seperti yang diiklankan, kata Suruhanjaya Tenaga.
Dalam satu kenyataan hari ini Suruhanjaya Tenaga berkata kajian terhadap ESD mendapati bacaan meter pengguna tidak menunjukkan perbezaan ketara, selain tiada mana-mana badan bertauliah membuktikan alat tersebut memberi kesan penjimatan tenaga elektrik.
Katanya, pengguna mungkin terpengaruh dengan demonstrasi penjual yang menunjukkan perbandingan kadar arus elektrik yang menjadi lebih rendah setelah ESD dipasang.
"Kadar arus akan berkurangan, namun jumlah kuasa yang direkodkan tetap sama, mengikut bilangan dan kadar kuasa peralatan elektrik yang digunakan.
"Ini sekali gus tidak akan memberi perbezaan ketara terhadap penggunaan elektrik yang diukur berdasarkan kilowatt-jam (kWj) penggunaan dengan menggunakan formula Arus x Voltan x Faktor Kuasa x Masa digunakan," kata suruhanjaya itu.
Suruhanjaya Tenaga berkata pemasangan ESD tidak memberi penjimatan bil elektrik di premis domestik sehingga 30 peratus seperti yang didakwa, kerana meter elektrik merekodkan penggunaan kuasa sebenar (kWh) sedangkan ESD, yang komponen utamanya merupakan kapasitor, hanya memberi kesan kepada penggunaan kuasa reaktif (kVaR).
Bagaimanapun, suruhanjaya itu berkata penggunaan kapasitor, memberi manfaat kepada pemasangan elektrik di sektor industri yang banyak menggunakan beban induktif, kerana ia dapat menambah baik kadar kuasa sistem bekalan pengguna dan seterusnya mengelakkan pengguna dikenakan penalti oleh pihak utiliti.
Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan yang mengatakan ESD ini, termasuk dalam bentuk kad, boleh mengurangkan jumlah bil elektrik," kata suruhanjaya itu yang turut menyelar tindakan pihak yang menggunakan logonya bagi tujuan promosi ESD di media sosial dan jualan terus kepada orang ramai.
Suruhanjaya itu menegaskan ia tidak pernah meluluskan apa-apa produk ESD dan tindakan akan diambil terhadap pihak yang menyalahgunakan logo mereka.
Bagi menjimatkan penggunaan elektrik, Suruhanjaya Tenaga menyarankan orang ramai membudayakan amalan cekap tenaga termasukkan menggunakan alat mempunyai label cekap tenaga dan mematikan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...