Skip to main content

Jasa Abdul Bari dikenang...


KUALA TERENGGANU -- “Penghargaan yang diterima arwah Abdul Bari mungkin tidak ternilai dengan nyawa dan pengorbanannya, tapi saya dah reda atas pemergiannya, itu adat lah,” kata Mohd Mustafa, bapa kepada Allahyarham Abdul Bari Asyraf, 31.
Abdul Bari Asyraf adalah antara enam individu yang bertindak nekad terjun ke dalam Sungai Terengganu untuk menyelamatkan lima sekeluarga setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki keluarga itu terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan 8 Feb lepas.
Bagaimanapun, Abdul Bari ditemukan lemas selepas menyelamatkan lima sekeluarga itu.
Hari ini Mohd Mustafa, 66, mewakili arwah bersama lima individu yang lain iaitu Mohammad Asadullah Jamaluddin, 28; Saiful Anuar Mohd, 37; Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29; Omar Abdul Aziz Othman, 27; dan Shahrul Mizan Harun, 34, menerima sijil penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia Terengganu atas keberanian dan pengorbanan mereka menyelamatkan mangsa dalam kejadian itu.
Sijil penghargaan disampaikan Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail selepas majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu.
Mohd ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata meskipun anaknya terkorban dalam peristiwa itu beliau bangga dengan pengorbanan anaknya itu dan menasihatkan orang ramai khususnya golongan muda agar mengikut jejak Abdul Bari Asyraf menjadi penyelamat ketika orang lain ditimpa kesusahan.
Ibu arwah, Masitah Awang, 60, pula berkata beliau masih mengambil masa untuk melepaskan segala kenangan bersama anak bujangnya itu terutama perilaku Abdul Bari Asyraf yang sering bergurau dan bermesra dengannya.

“Ia datang dan pergi…meskipun banyak anugerah dan penghargaan yang diterima arwah selepas kejadian itu pemergiannya tiada galang ganti, tetapi sudah kehendak Tuhan, arwah pergi dalam keadaan beliau menyelamatkan orang dalam kesusahan…bila teringatkan tindakan arwah itu…saya jadi reda sebab arwah ketika kejadian langsung tidak memikirkan nyawa sendiri demi menyelamatkan insan lain,” katanya sebak.
Adik perempuan Abdul Bari, Siti Nur Kamilah, 24, yang sedang menuntut di Universiti Tekonologi Mara Shah Alam, Selangor mengakui belum dapat melupakan kenangan bersama arwah yang sering mengambilnya di stesen bas setiap kali pulang bercuti di kampung.
“Selalu bila dah sampai di Kuala Terengganu, saya akan telefon arwah suruh ambil, nanti mungkin lepas ini akan terdail lagi nombor abang sebab dah terbiasa,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...