Skip to main content

Kebakaran hutan di Gebeng merebak di kawasan lebih 60 hektar


KUANTAN -- Kebakaran hutan di kawasan perindustrian Gebeng di sini yang berlaku sejak petang kelmarin kini semakin merebak merangkumi kawasan seluas 60 hektar, berbanding 40 hektar semalam, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohamad.
 Sehubungan itu beliau berkata pihaknya telah memohon bantuan unit udara daripada ibu pejabat JBPM bagi operasi pemadaman tersebut.
Setakat ini hanya 20 peratus daripada kawasan terbakar dapat dipadamkan, katanya  ketika dihubungi, di sini hari ini.
Menurutnya tumpuan sekarang ialah memastikan api tidak merebak ke Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) yang terletak kira-kira satu kilometer dari hutan tersebut.

Katanya beliau juga telah memohon untuk meminjam pam berkapasiti tinggi daripada JBPM Terengganu bagi meningkatkan keupayaan pasukannya dalam melaksanakan operasi pemadaman tersebut.
"JBPM Pahang mempunyai sebuah unit pam berkapasiti tinggi dan apabila ada dua, kita harap dapat menaikkan paras air di kawasan kebakaran menggunakan sumber air daripada dua tasik di kawasan hutan itu," katanya. 
Nor Hisham berkata operasi dijalankan dalam dua syif melibatkan hampir 30 anggota bagi setiap sesi dan mereka dibantu pasukan Gebeng Emergency Mutual Aid (GEMA) yang melibatkan kilang utama di sini iaitu Kaneka Malaysia, Lynas Malaysia Sdn Bhd dan Petronas Chemical MTBE Sdn Bhd serta kilang Alliance Steel (M) Sdn Bhd. 
Nor Hisham juga menasihatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka pada musim panas yang meningkatkan risiko kebakaran. 

"Kita juga berharap orang ramai khususnya golongan pemancing agar tidak membuat unggun api atau membuang puntung rokok yang masih menyala semasa memancing di tasik dalam hutan yang juga boleh menyebabkan kebakaran seperti yang berlaku di Gebeng.
"Mereka yang berhasrat membuka ladang juga dinasihatkan untuk tidak membuat pembakaran buat masa sekarang kerana perbuatan itu disyaki punca kebakaran ladang seluas empat hektar di Muadzam Shah baru-baru ini," katanya.
Nor Hisham juga berkata terdapat trend meningkat aduan kebakaran sejak minggu lalu iaitu 24 laporan pada Sabtu, Ahad (20 aduan) dan Isnin (19 laporan)
Katanya berdasarkan pengalaman lalu, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga di kawasan berisiko iaitu di kawasan hutan di daerah Rompin, Pekan dan sepanjang laluan Pekan-Kuantan.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Pahang Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata semua sekolah di negeri itu telah diingatkan agar mengikuti prosedur operasi standard (SOP) kementerian berhubung cuaca panas termasuk lebih sensitif dalam mengadakan aktiviti di luar bilik darjah. 
"Murid juga dinasihati agar mengelak daripada berada di luar terlalu lama semasa menunggu untuk pulang selepas tamat sesi persekolahan selain minum air yang banyak,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...