Skip to main content

Kelabu mata tawaran gaji US$1,500


SIAM REAP (Kemboja) -- Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan taktik sindiket yang menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan bagi mengelak menjadi mangsa pemerdagangan manusia. 

Anggota Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien berkata sewaktu pertemuan singkat dengan 47 tahanan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey pada Rabu, didapati kebanyakan mereka 'tergoda' dengan tawaran pekerjaan di hotel mewah dengan gaji sekitar US$1,500 menerusi iklan di media sosial. 

"Sindiket ini akan menggunakan segala taktik untuk memerangkap mangsa. Seperti kes ini, sindiket menyasarkan belia Sarawak menerusi paparan iklan yang sangat meyakinkan bagi menarik minat terutama kepada mereka yang rata-ratanya daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.

"Sekiranya benar mereka ini menjadi mangsa sindiket, kerajaan khusunya Kementerian Belia dan Sukan harus melakukan sesuatu seperti menyediakan peluang pekerjaan lebih meluas kepada belia supaya mereka tidak lagi terjebak bekerja di negara luar semata-mata mengejar gaji lumayan," katanya kepada Bernama News Channel (Astro 502) di sini hari ini. 

Sng berkat, sewaktu berbual dengan tahanan dikenali sebagai Lisa, 23, remaja itu membaca iklan berkenaan di aplikasi WeChat manakala terdapat tahanan lain menemui iklan sama di Facebook selain ajakan kawan-kawan sekampung.

Selain Sng, lawatan singkat itu turut disertai anggota keluarga, petugas media dan Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar di Phnom Penh, Ruzaimi Mohamad. 

Sementara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap pagi ini. 

Beliau bersama Anggota Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijadual melakukan lawatan ke penjara bagi bertemu dengan 47 tahanan hari ini. 

Untuk rekod, 44 daripada 47 tahanan berusia 19 hingga 44 tahun berasal dari Sarawak manakala tiga lagi dari semenanjung. 

Kesemua mereka ditahan sejak 11 Dis tahun lepas selepas disyaki terbabit dengan aktiviti perjudian dalam talian secara haram. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...