Skip to main content

Kementerian Pendidikan nafi tak sambung kontrak syarikat kawalan keselamatan


KUALA LUMPUR -- Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) bahawa kementerian tidak menyambung kontrak syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang tamat tempoh pada 31 Dis lepas.
Dalam satu kenyataan, KPM menegaskan kesemua kontrak yang tamat tempoh itu telah ditender semula mengikut keperluan semasa, norma baharu kementerian.
"KPM tidak pernah menganiaya mana-mana pihak dalam perkara ini dan tidak pernah menamatkan perkhidmatan 12,000 pengawal keselamatan seperti yang didakwa PIKM.
"Kontrak yang ditender semula disertai oleh syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan berdasarkan keperluan semasa seperti bilangan syif dan pekerja," kata kenyataan itu.
KPM berkata syarikat yang pernah mendapat kontrak daripada kementerian sebelum ini juga menyertai proses tender yang dijalankan secara adil, telus dan penuh berintegriti.
Presiden PIKM Datuk Seri Mustapa Ali semalam dilaporkan menggesa KPM mengkaji semula terma kontrak pengawal keselamatan sekolah yang ditukar daripada dua syif kepada tiga syif setiap hari.
 Mustapa mendakwa terma kontrak itu menyebabkan 12,000 pengawal keselamatan sekolah ditamatkan perkhidmatan selain tidak disambung kontrak oleh Kementerian Pendidikan.
Dalam pada itu, KPM menegaskan bahawa ia tidak terlibat dengan penamatan dan pengambilan pengawal keselamatan memandangkan perkhidmatan kawalan keselamatan merupakan perolehan perkhidmatan dengan syarikat swasta.
"Ia dibuat sepenuhnya oleh syarikat yang mendapat kontrak perkhidmatan. Memandangkan penyertaan dalam tender mengikut harga yang ditawarkan, tidak adil untuk menganggap KPM bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengawal yang diambil untuk bekerja oleh syarikat yang menerima tawaran kontrak daripada KPM," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata penawaran kontrak baharu bagi perkhidmatan berkaitan adalah berdasarkan kepada skop dan spesifikasi yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu syarikat yang dilantik dan KPM.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...