Skip to main content

Letak berhala di kuil sebab gila isim


KLANG -- Polis menahan seorang lelaki sebagai suspek dua kejadian penemuan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang di sini, yang dilaporkan berlaku pada Rabu dan Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata suspek dipercayai mempunyai masalah mental 'gila isim' (mengamalkan ajaran Islam yang menyimpang) selepas mengaku pernah belajar ilmu agama yang salah di negara jiran.
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Pendamar Indah pada pukul 6.15 petang semalam.
Beliau berkata ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamin dan mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu mendatangkan kecederaan pada 1997 dan kes curi pada 2000.
"Hasil siasatan awal, suspek mengaku meletakkan satu patung kepercayaan Buddha yang dikenali sebagai 'Datuk Gong' kerana mahu mengajak mereka yang menganut agama berkenaan untuk sembahyang di surau terbabit dan dua lagi patung kepercayaan Hindu turut diletakkan dengan tujuan yang sama.
"Suspek juga mengaku terbabit meletakkan patung berkenaan secara bersendirian di surau itu dan memaklumkan dia kerap bermimpi melihat Kaabah dikelilingi patung berhala serta percaya perlu bertindak melakukan perkara sama di surau berdekatan rumahnya," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata suspek mengaku mengambil patung berkenaan di sebuah tokong kecil berhadapan sebuah rumah dan tempat pembuangan sampah di sekitar kawasan perumahannya. 
“Pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh merangkumi semua aspek dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental,” katanya sambil menegaskan kes itu tidak membabitkan sensitiviti agama dan perkauman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 259 dan 379 Kanun Keseksaan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...