Skip to main content

Mat Sabu tak pernah keluar surat sokongan niaga


KUALA LUMPUR -- Pejabat Menteri Pertahanan hari ini membuat satu laporan polis berhubung dua surat palsu berkaitan perolehan kontrak pembekalan perabot dan perkhidmatan bas di kementerian itu.
Pegawai Tugas-Tugas Khas 2 Pejabat Menteri Pertahanan, Rafizal Ali berkata laporan polis itu dibuat bagi mengelak sebarang kesan tidak baik daripada pemalsuan serta penyalahgunaan nama menteri dan kementerian.
Menurutnya, surat pertama bertarikh 9 Dis 2018 daripada sebuah syarikat yang memohon sokongan khas daripada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berhubung pembekalan perabot yang dianggarkan mencecah RM3 juta kepada Angkatan Tentera Malaysia.
Katanya pada surat tersebut juga tertera tandatangan, cop nama dan nota arahan daripada Mohamad kononnya beliau mengarahkan agar projek pembekalan perabot di Kelantan dan Perak diuruskan hingga selesai.
“Surat kedua pada 17 Jan lepas daripada Bahagian Perbendaharaan dan Audit, Unit Pentadbiran Awam bahagian Tentera Laut yang menawarkan pembekalan perkhidmatan bas dan kenderaan untuk markas angkatan tentera kepada sebuah syarikat. Turut disertakan adalah sijil pelantikan sebagai syarikat pembekal bagi tempoh lima tahun,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini.
Menurutnya, setelah meneliti dan mendapatkan maklumat pihaknya mendapati kedua-dua surat itu adalah palsu dan tidak benar.
“Menteri Pertahanan tidak pernah mengeluarkan sebarang sokongan kepada syarikat terbabit. Tandatangan, cop rasmi serta nota arahan seperti tertera pada surat adalah bukan daripada menteri dan Pejabat Menteri,” katanya.
Justeru, pihaknya meminta pihak polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Noor Azmi Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...