Skip to main content

Mujahid minta Ketua Pemuda UMNO berhenti buat tuduhan liar


KUALA LUMPUR -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya berpolitik secara berhemah dan berhenti membuat tuduhan liar atau fitnah yang tidak berfakta. ​​
Mujahid menyifatkan tuduhan Asyraf Wajdi terhadap dirinya adalah berniat jahat kononnya beliau hanya berdiam diri apabila agama Islam dan institusi raja-raja Melayu diperlekehkan sesetengah pihak.
“Ini tidak betul, ia sekadar satu usaha untuk menggambarkan kononnya saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Agama tidak mengambil berat malah tidak mempedulikan sebarang isu penghinaan ini.
“Sedangkan kami menyatakan dengan jelas awal lagi bahawa setiap mereka yang melakukan jenayah mesti diambil tindakan apatah lagi jenayah menghina Islam dan institusi raja-raja Melayu,” katanya menerusi rakaman video berdurasi hampir empat minit, di sini.
Media melaporkan bahawa Asyraf Wajdi menyatakan Mujahid hanya ​​​​​​mahu mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menuduhnya sebagai alat DAP sebaliknya tidak bertindak terhadap pihak yang menghina Islam dan institusi raja-raja Melayu.
Mujahid turut menolak dakwaan mengatakan beliau tunduk kepada DAP, dan menegaskan bahawa DAP sama sekali tidak menguasai Lembaga Tabung Haji (TH).
“Ia bukan kerana DAP, tetapi kerana tuduhan itu menjejaskan TH yang mempunyai 9.2 juta pendeposit, dan kita dalam usaha pemulihan. Saya menyaman bukan kerana saya tunduk pada DAP, tetapi kerana memberi amaran dan kerana mahu menjaga integriti dan kepentingan TH,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mujahid menggesa polis untuk menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang meletakkan patung berhala bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda, Pelabuhan Klang, semalam.
“Ia suatu berita yang mengejutkan kerana boleh menimbulkan pelbagai persepsi, dan lebih buruk provokasi terhadap keharmonian antara hubungan agama selain menimbulkan kemarahan,” katanya yang berharap insiden seumpama itu tidak berulang.
Mengenai kejadian simbahan cat berwarna hitam pada tembok konkrit Istana Anak Bukit di Alor Setar, Mujahid mengingatkan pihak tidak bertanggungjawab agar berhenti menimbulkan provokasi.
“Tindakan ini mencemari institusi raja-raja Melayu malah akan menimbulkan kemarahan orang Melayu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...