Skip to main content

Nik Nazmi tidak senang kemasukan bekas MP UMNO


KUANTAN -- Penerimaan tujuh bekas anggota Parlimen (MP) UMNO ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibimbangi akan menghakis kepercayaan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH). 
Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PH seharusnya menghomati keputusan rakyat yang menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, selain tiada keperluan untuk menerima masuk MP tersebut. 
"Jika keadaan berlaku seperti di Sabah iaitu pembentukan kerajaan baharu tergantung selepas keputusan pilihan raya lalu, jelas ia boleh difahami. Tapi situasinya (kita) sudah ada majoriti (untuk membentuk kerajaan). 
"Lebih baik untuk kita fokus kepada pentadbiran dan menghormati keputusan yang dibuat manakala UMNO serta Barisan Nasional memainkan peranan sebagai pembangkang yang efektif," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 
Nik Nazmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pembukaan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu dan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung.
Beliau juga bimbang penerimaan anggota lawan ke dalam parti kerajaan akan menimbulkan persepsi kepada masyarakat khususnya golongan muda bahawa 'undi mereka tidak bererti'. 
"Kita bimbang mereka berpandangan tidak bermakna jika mereka mengundi parti kerajaan atau pembangkang kerana akhirnya semua akan menjadi parti kerajaan. 
"Saya juga kasihan kepada bentara Parlimen kerana tugas mereka yang perlu menukar kedudukan kerusi setiap kali Parlimen bersidang," katanya. 
Nik Nazmi seterusnya menambah PH juga perlu memberikan komitmen kepada janji sebelum ini, sama seperti dalam melebarkan sayap Bersatu ke Sabah memandangkan kepimpinannya pernah menyatakan tidak akan ke negeri itu. 
Kelmarin, media melaporkan tujuh MP menerima keahlian Bersatu daripada Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing). 
Turut menerima keahlian itu ialah Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin (Masjid Tanah).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...