Skip to main content

Operasi syarikat feri Langkawi digantung


ALOR SETAR -- Semua operasi perkhidmatan feri penumpang milik syarikat Dragon Star Shipping Sdn Bhd digantung serta-merta sehingga selesai siasatan berhubung kebakaran membabitkan sebuah daripada ferinya, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin berkata arahan penggantungan itu bagi membolehkan pihak Jabatan Laut melakukan siasatan terperinci untuk mencari punca sebenar kebakaran.
"Ini merupakan kali kedua syarikat itu digantung operasinya dan siasatan forensik mengambil masa tiga hingga empat hari. Kita juga akan lihat sama ada syarikat itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini.
Beliau berkata kali pertama operasi syarikat itu digantung selama sebulan pada Oktober tahun lalu selepas ferinya terkandas selama lapan jam di tengah laut ketika dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah.
"Kita (Kerajaan negeri) mengambil kira semua laporan dan aduan yang dibuat oleh penumpang terhadap feri itu termasuk terhidu bau minyak enjin dan kalau dakwaan itu benar, kita tidak teragak untuk sarankan kepada Kementerian Pengangkutan supaya menghentikan terus operasi syarikat itu," katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang semalam, 52 penumpang feri Dragon Star 1 berhadapan detik cemas selepas feri itu terbakar sebaik bertolak dari Terminal Feri Kuah, Langkawi menuju ke Kuala Perlis sebelum diselamatkan oleh bot dan feri lain yang berada berdekatan.
Ditanya mengenai dakwaan penumpang bahawa jaket keselamatan tidak mencukupi semasa kejadian, Azman berkata perkara itu tidak benar kerana semua jaket keselamatan sudah diletakkan di bawah tempat duduk penumpang.

Sementara itu, Pegawai Laut Jabatan Laut Langkawi, Ghadzali Ahmad berkata pihaknya juga telah melakukan pemeriksaan keselamatan secara berkala terhadap feri yang berusia 28 tahun itu, sebelum membenarkan feri tersebut membawa penumpang.
"Sebelum feri berlepas, kita tidak menerima sebarang makluman bahawa feri tersebut berada dalam keadaan tidak memuaskan dan pemeriksaan dokumentasi juga dilakukan dan feri berada dalam keadaan baik untuk berlepas," katanya.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Mohd Firdaus Ahmad ​​​​berkata, sudah tiba masanya Jabatan Laut dan agensi berkaitan mengubah SOP perkhidmatan feri.
"Apa yang jadi semalam merupakan petanda awal, jadi sudah tiba masa SOP termasuk menetapkan usia penggunaan sesebuah feri itu dilihat, dikaji dan diubah bagi mengelak kejadian seperti ini berulang kerana ia melibatkan keselamatan penumpang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...