Skip to main content

Operator kilang tak mengaku salah hina Nabi


SHAH ALAM -- Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik satu hantaran yang menghina Nabi Muhammad SAW menggunakan aplikasi Facebook, pada minggu lepas.
A. Taneson, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.
Lelaki itu didakwa telah memuat naik hantaran tersebut dengan menggunakan laman profil Facebook "Sarkar Tanesan" yang telah dibaca di Seksyen 10 di sini, kira-kira 8 pagi pada 19 Feb lepas.
Tindakan itu berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat atas alasan agama antara kumpulan orang beragama Islam dengan kumpulan orang bukan beragama Islam di seluruh negara.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 11.40 pagi pada 19 Feb lepas dan dituduh mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 298A (1) Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang ikat jamin ke atas tertuduh berikutan kesalahan di bawah Seksyen 298A itu tidak boleh diikat jamin.
Peguam Kailashii Vasudevan Appu yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh mempunyai masalah mental.
"Mohon jaminan diberi supaya tertuduh boleh mendapatkan rawatan di hospital dan bagi mendapatkan laporan psikiatrik anak guam saya," katanya.
Rini Triany kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes.
Beliau turut menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri di balai polis terdekat dua minggu sekali sehingga kes selesai.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...