Skip to main content

Papagomo mengaku tidak bersalah aib dan datangkan kecederaan


KAJANG -- Pengendali laman blog Papagomo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mengaibkan  dan mendatangkan kecederaan terhadap Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu insiden pada hari  penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)  Semenyih, dua minggu lepas.
Papagomo atau nama sebenarnya Wan
Muhammad Azri Wan Deris, 36  yang juga Exco Pemuda UMNO membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.
Mengikut pertuduhan pertama, Wan Muhammad Azri selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut “ko bodoh” bagi maksud mengganggu kesantunannya.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian  pada 11.05 pagi, 16 Feb lalu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 
Bagi pertuduhan kedua, OKS didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di leher dan bahu Syed Saddiq pada masa, tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2, 000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan supaya OKS menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah kerana kes berkenaan melibatkan keselamatan Syed Saddiq. 
Peguam Nik Saiful Adli Buhari yang mewakili OKS memohon jaminan  rendah atas alasan anak guamnya  hanya berniaga kecil-kecilan serta menyara lima orang anak yang masih kecil dan isteri yang tidak bekerja. 
Peguam itu turut memohon mahkamah menukar syarat tambahan menyerahkan pasport antarabangsa kepada melapor diri di balai polis berhampiran. 
Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin berserta  syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan  menetapkan 1 April untuk sebutan kes.
Dalam kejadian 16 Feb lalu, Syed Saddiq yang juga Anggota Parlimen Muar, mendakwa diserang sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari pusat penamaan calon PRK DUN Semenyih di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang dan  Wan Muhammad Azri ditahan polis keesokan hari bagi membantu siasatan kes itu.
Sekumpulan penyokong OKS juga hadir di perkarangan mahkamah itu termasuk Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...