Skip to main content

PAS bayar Editor Sarawak Report RM1.4 juta, kata Anwar


SEMENYIH -- PAS membayar RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle Brown membabitkan kes penyelesaian luar mahkamah antara Editor Sarawak Report itu dan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, demikian kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PKR itu mendakwa beliau mempunyai penyata bank yang membuktikan PAS membayar jumlah itu bagi menyelesaikan kes saman di luar mahkamah.
“Kalau PAS hendak cabar saya, saya akan tunjuk kenyataan bank. Bank mana nantilah, jumlahnya RM1.4 juta," katanya ketika berucap pada kempen Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Semenyih Central di sini, malam ini,.
Anwar, bagaimanapun, tidak menyatakan secara terperinci berhubung perkara itu termasuk institusi bank terbabit tetapi berkata beliau sanggup diheret ke mahkamah sekiranya PAS ingin mencabar pendedahan tersebut.
Dalam ceramah berasingan di Bandar Mahkota Kajang, dekat sini, Anwar berkata PAS telah memindahkan wang berjumlah RM1.422 juta kepada Rewcastle-Brown pada 19 Feb lalu.
"Mana ada kita bayar kepada orang yang fitnah kita, saya dedahkan perkara ini kerana bila saya tanya dia (pemimpin PAS) nafikan.
“Jika saya salah sila saman saya, saya sudah bagi tarikh dan jumlah,” katanya.
Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di London pada 21 April 2017 susulan laporan pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dipercayai dimasukkan ke akaun pimpinan tertinggi PAS itu bagi mempengaruhi mereka menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Awal bulan ini, Abdul Hadi membuat keputusan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle-Brown dan editor portal itu juga menarik balik tuntutan balas terhadap Ahli Parlimen Marang itu.
Semalam, ​​​​​​​Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan tiada sebarang bayaran dibuat kepada Rewcastle-Brown bagi penyelesaian luar mahkamah kes saman berkenaan.
Dalam program berasingan pada Malam Kebudayaan Harapan Semenyih di Bandar Rinching di sini, Anwar meminta rakyat memberi sedikit masa kepada kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata kerajaan sedang berusaha memulihkan negara selepas kerosakan teruk dilakukan oleh pentadbiran terdahulu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...