Skip to main content

Pemimpin kerajaan masih bersikap pembangkang


PUTRAJAYA -- Sesetengah pemimpin kerajaan Pakatan Harapan hari ini harus mengubah cara pemikiran sosialis mereka dan tidak terus mengecam sistem kapitalis, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan hari ini merupakan mereka yang berada lebih 60 tahun di barisan pembangkang dan ada sesetengah mereka masih bersifat pembangkang.

"Umpamanya pembangkang kadang-kadang ada yang bersifat sosialis dan mereka menganggap peniaga sebagai kapitalis yang perlu ditentang kerana kapitalis ini perosak yang menekan pekerja dan rakyat," katanya ketika berucap pada Sesi Pemukiman Kerajaan Negeri Johor bersama Kepimpinan Kerajaan Persekutuan di sini hari ini.

Namun, menurut  Dr Mahathir apabila sudah menjadi kerajaan, mereka tidak seharusnya mengecam sistem kapitalis tersebut kerana sistem itu yang memperkayakan negara dan negeri- negeri.

"Merekalah yang melabur dengan modal mereka, mendirikan perniagaan dan perusahaan, menyediakan pekerjaan dan membayar cukai.

"Tanpa cukai kerajaan tidak mempunyai cukup wang yang untuk mentadbir negara atau negeri," katanya.

Perdana Menteri juga menegur pemimpin kerajaan hari ini yang didapati masih belum dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan para peniaga.

"Ada sesetengah masih beranggapan mereka (peniaga) menindas pekerja dan rakyat. Tetapi kalau tidak ada perusahaan dan kejayaan untuk mengumpul keuntungan besar kerajaan juga tidak dapat kutip cukai daripada mereka," katanya.

"Ini yang perlu kita jayakan supaya pengusaha dapat keuntungan dan 26 peratus daripada keuntungan itu akan dibayar kepada kerajaan sebagai cukai korporat," katanya.

Di peringkat negeri pula, Dr Mahathir berkata kehadiran perusahaan akan menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat dan pelbagai jenis cukai yang boleh dikenakan oleh kerajaan negeri.

"Oleh itu kita perlu rapatkan diri dan bekerjasama dengan pengusaha dan peniaga supaya mereka boleh berjaya dan kerajaan dapat memungut cukai daripada mereka," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...