Skip to main content

Perusuh kuil bawa besi serang anggota bomba


SHAH ALAM -- “Jangan padam, pukul bomba," itu yang didengari seorang anggota bomba ketika turun dari jentera bomba untuk memadamkan api semasa insiden kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, November tahun lepas.

Mohd Sharol Anuar Kamarudin, 26, seorang anggota pemadam dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang menceritakan detik-detik cemas itu berkata pihaknya menerima panggilan 1.02 pagi, 27 Nov lepas yang memaklumkan ada kereta terbakar di tempat kejadian tersebut.

Katanya setibanya di tempat kejadian seminit kemudian, beliau  yang duduk sebelah kiri bahagian belakang jentera FRT terus terjun dari jentera terbabit untuk melakukan operasi pemadaman.

"Setelah terjun, saya nampak tiga orang meluru ke arah saya dalam jarak lima hingga enam meter.  Masa itu, saya dengar ‘Jangan padam, pukul bomba’.

“Lepas itu, saya terus naik dan duduk di bahagian tengah jentera secara melutut," katanya pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Saksi ketujuh itu berkata dia turut melihat beberapa orang awam bersenjatakan batang besi panjang, objek seperti pedang samurai dan batu-bata.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah pada hari keempat prosiding inkues kematian Muhammad Adib.

ZHAFRAN: “Kamu kata kamu terus terjun keluar. Selepas itu?”

SHAROL: “Saya nampak ada tiga orang meluru ke arah saya.”

ZHAFRAN: “Ada mereka buat apa-apa?”

SHAROL: “Saya nampak besi seperti batang besi (palang) jaring takraw. Ada besi panjang macam pedang samurai.”

ZHAFRAN: “Apa perasaan kamu?”

SHAROL: “Tergamam. Kita nak pergi padam api. Saya dengar dia cakap macam ugut.”

ZHAFRAN: “Ingat tak apa yang dia kata?”

SHAROL: “Yang saya dengar dia kata, 'jangan padam, pukul bomba'. Terus saya naik (FRT) balik.”

Saksi itu berkata, selepas menaiki FRT, dia mendengar bunyi hentaman dari arah depan FRT sebelum cermin hadapan jentera itu pecah.

"Saya naik balik dan jentera FRT mula undur. Dari situ saya nampak van EMRS (yang mengekori saya dari belakang) kepalanya di depan jentera kami.

"Selepas itu, saya nampak van EMRS dikerumuni orang ramai. Selepas itu, saya tak nampak apa-apa dah," katanya.

Beliau juga berkata kehilangan Muhammad Adib disedari selepas jentera FRT dan EMRS meninggalkan tempat kejadian dan seorang anggota bomba cuba menghubungi Muhammad Adib tetapi panggilan tidak dijawab.
"Call (panggilan) sekali lagi ada orang angkat. Katanya Adib dihantar ke hospital. Keadaannya 50-50," katanya.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung  9 pagi esok dengan dua saksi lagi akan  memberikan keterangan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...