Skip to main content

PH sandar pada rekod kerajaan Selangor untuk menang


SEMENYIH -- Terletak kira-kira tiga kilometer dari pekan Semenyih, Ladang Rinching yang menjadi antara penempatan terbesar masyarakat India di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, tidak ketinggalan mendapat manfaat pelbagai insentif yang dilaksana Kerajaan Negeri Selangor.
Sehubungan itu, penduduk di situ rata-rata mahu rekod baik yang ditunjukkan Kerajaan Negeri diterajui Pakatan Harapan (PH) diteruskan.
Menurut seorang penduduk, Suresh Doraisamy, 50, sejak 10 tahun lepas banyak perubahan yang boleh dilihat di kawasan itu termasuk pembinaan dan penambahbaikan kemudahan awam seperti jalan raya.
“Bukan pembangunan fizikal sahaja malah isteri saya turut menerima bantuan di bawah program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan kami juga menerima bekalan air bersih percuma daripada Kerajaan Negeri," katanya. 
 “Tetapi yang paling penting buat masyarakat India di sini adalah kami mahukan sebuah kerajaan yang bersih, sekiranya bersih dan amanah segalanya akan berjalan dengan baik, dan PH memang sudah ada trek rekod dalam soal ini,” kata pengawal keselamatan itu. 
Program KISS yang disebut beliau merujuk kepada inisiatif kebajikan khusus bagi kaum ibu dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40) bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.          
Ladang Rinching, yang satu ketika dahulu didiami pekerja ladang getah dan kelapa sawit, terletak di kawasan DUN Semenyih yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) pada 2 Mac ini.
Kini, penduduk yang mendiami kira-kira 40 rumah di situ bukan lagi pekerja ladang tetapi bekerja di Semenyih dan kawasan sekitar susulan kawasan ladang mereka dibangunkan termasuk sebagai kawasan perumahan.
Bagi suri rumah Wasanthi Atchutahsingh, 55, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Negeri namun meminta perhatian diberi berhubung soal pengangkutan awam ke Seremban dari Semenyih.
“Kemudahan asas semua baik, saya juga menerima banyak bantuan seperti program rawatan kesihatan di bawah Skim Peduli Sihat dan inisiatif Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), katanya.
Naib Presiden PKR merangkap Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar berkata beliau mula berusaha membantu masyarakat India di situ apabila memegang jawatan exco Kerajaan Negeri Selangor dulu.
Pelbagai isu melibatkan penduduk tempatan terutama berkaitan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan kuil telah mendapat perhatian dan bantuan Kerajaan Negeri.
“Bantuan ini akan diteruskan bagi membantu masyarakat kaum India di sini. Saya juga dah maklumkan kepada calon (PH) tentang keperluan bekerja dengan pemimpin masyarakat India bagi menyelesaikan sebarang masalah,” katanya.
Kerusi Semenyih kosong susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.
PRK DUN Semenyih menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas Kuan Chee Heng.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...