Skip to main content

RTM sabotaj menteri PH?


GEORGE TOWN -- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyediakan laporan berhubung dakwaan stesen penyiaran kerajaan itu cuba mensabotaj seorang menteri.

Menurutnya, beliau ambil maklum berhubung perkara itu dan menunggu laporan daripada RTM untuk tindakan selanjutnya.    

"It was raise last night. I had look at it early this morning. I've asked RTM to give report to me on it and of course once I have the report I will make what is necessary (Ia diutarakan malam tadi, saya telah  melihatnya awal pagi ini. Saya telah meminta RTM memberi laporan kepada saya mengenainya dan sudah semestinya sebaik mendapat laporan itu saya akan lakukan apa yang patut)," katanya pada sidang media selepas melancarkan percubaan pertama pasaran Terragraf di Asia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang pembantu menteri yang mendakwa kemungkinan RTM cuba mensabotaj bosnya.

Kenyataan itu dibuat pembantu kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Lim Swee Kuan, yang mempersoalkan tindakan RTM kerana tidak menyiarkan laporan mengenai menteri itu pada liputan secara langsung sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Dataran Centrio, Seremban malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa menteri yang lain.

Ditanya sama ada menjadi kewajipan kepada RTM untuk menerbit atau menyiarkan sebarang ucapan oleh seseorang menteri, Gobind berkata ia adalah liputan secara langsung.  

"It is not about print, it is about live coverage. This is why I've asked RTM to let me know in particular when there was a request for them to cover the event, what are the terms and standard operating procedures. I think these are the things that I have to look at before I comment on it (Ia bukan mengenai cetak, ia mengenai liputan langsung. Inilah sebabnya saya meminta RTM untuk memberitahu saya terutamanya  apabila terdapat permintaan untuk mereka buat liputan acara, apakah syarat dan prosidur standard operasi. Saya berpendapat ini antara perkara yang perlu saya lihat sebelum saya komen mengenainya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...