Skip to main content

Rumah keluarga lebih baik untuk tentera


KUANTAN -- Tiada lagi rumah keluarga tentera dua bilik pada masa akan datang bagi keselesaan anggota tentera, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. 

Beliau berkata usaha menaik taraf rumah tersebut menjadi tiga bilik sedang dilakukan secara berperingkat, mengikut peruntukan yang diterima. 

Katanya, untuk Belanjawan 2019, kementeriannya menerima peruntukan RM120 juta untuk tujuan penyelenggaran rumah tentera, termasuk peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta untuk menaik taraf. 

"Peruntukan yang ada untuk disegerakan penambahbaikan rumah keluarga kerana kita tahu tentera memang hidup secara berkelompok dan semuanya dibuat di dalam kem. Bagaimanapun kedaifan dan jumlah rumah yang tidak cukup menyebabkan ramai memilih menetap di luar kem.

Kita mengambil perhatian serius dan sedang mengusahakan menaik taraf kuarters yang ada. Kita tahu rumah dua bilik tidak sesuai untuk mereka yang bekeluarga," katanya pada sidang media di sini hari ini, selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem 4 Briged Mekanize dan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mohamad menambah projek menambah baik rumah keluarga tentera, yang dimulakan oleh kerajaan dahulu, juga telah hampir disiapkan untuk empat blok di perumahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, selain yang sedang dilaksanakan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan di sini.  

"Kita tidak ada jangkaan bila semua rumah dapat dijadikan tiga bilik kerana kita buat secara berperingkat. Kita kenal pasti dahulu keadaan rumah dan tahap keuzurannya kerana ada yang kritikal. 

"Ada yang perlu dibaiki secara unit, ada yang (penambahbaikan) dilakukan mengikut blok kerana keadaan keseluruhan blok yang agak teruk. Jika ditanya, jumlah peruntukan yang ada memang tidak mencukupi tapi kita tetap berusaha sebaik mungkin," katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...