Skip to main content

Saksi nampak Adib dipukul


SHAH ALAM -- Seorang saksi awam memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau melihat antara lima hingga enam orang seolah-olah sedang memukul seseorang pada insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, 27 Nov lepas.
Nasaruddin Abdullah, 22, berkata, mereka  itu adalah antara 30 orang yang sedang berdiri dalam formasi bulatan mengelilingi seseorang selepas jentera Fire Rescue Team (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) meninggalkan lokasi rusuhan.
"Saya nampak gerak laku mereka seolah-olah pukul seseorang. Lepas itu saya dengar orang jerit 'polis' dan 30 orang itu  lari dari kawasan tersebut ," katanya ketika menjawab soalan pegawai pengendali inkues Hamdan Hamzah pada prosiding inkues bagi menyiasat kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Beliau berkata demikian dalam bahasa Tamil yang kemudian diterjemahkan dalam bahasa Malaysia oleh jurubahasa mahkamah.
Menjawab pertanyaan Hamdan, berapa orang yang betul-betul memukul seseorang itu, beliau berkata atara lima hingga enam orang dilihat memukul dan memijak seseorang yang ketika itu berada dalam formasi bulatan.
"Hanya lima hingga enam orang  buat demikian (memukul) yang lain hanya jerit kelilingi dalam formasi tersebut," katanya yang menambah insiden itu berlaku selama seminit.
Beliau juga berkata terdengar jeritan ''berani korang masuk dalam kuil India' ketika insiden itu.
Katanya kata-kata itu difahamkan dirujuk kepada seorang Melayu sebab setahunya yang memasuki kuil itu adalah orang Melayu.
Nasaruddin berkata selepas insiden itu, beliau melihat sekumpulan lapan hingga 10 orang mengusung seorang anggota bomba yang memakai seluar (celoreng) bomba sambil ada yang merakam insiden kejadian itu.
Beliau berkata demikian semasa  pemeriksaan balas oleh peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Terdahulu, Nasaruddin berkata, dia pergi ke kuil berkenaan bersama kawannya Karthik untuk mengetahui insiden yang berlaku di kuil berkenaan.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di IJN.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...