Skip to main content

Sebagai orang Islam kenyataan Satim Diman tidak patut


SEMENYIH -- Ketua UMNO Bahagian Puchong,  Datuk Mohamed Satim Diman diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang didakwa telah mengaitkan kematian empat wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebagai amaran daripada Allah.

Adibah Ahmad, balu kepada bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, berkata sebagai seorang yang bergelar pemimpin beragama Islam, Mohamed Satim tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan biadap yang mengguris hati keluarga wakil rakyat yang sudah meninggal dunia.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini sebagai mewakili keluarga tiga lagi bekas ADUN Selangor, beliau berkata mereka akan berbincang mengenai tindakan seterusnya sekiranya Mohamed Satim berdegil dan tidak menginsafi akan kenyataannya.

“Kami sedih dan amat terkilan kerana dalam saat kami masih merasai kehilangan keluarga kami, ada pula kenyataan sebegini.. beliau juga ada keluarga, maka cubalah fahami perasaan kami.

“Kenyataannya bukan sahaja liar, malah sangat biadap...bukan sahaja biadap kepada waris tetapi beliau biadap kepada tuhan, beliau seolah-olah menjadi wakil tuhan menurunkan hukum,” kata Adibah.

Mohamed Satim dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata semua pilihan raya kecil (PRK) di Selangor iaitu di Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan kini di Semenyih melibatkan kematian wakil rakyat daripada PH dan bukan daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau didakwa berkata Allah telah memberi amaran sejak (PRK) Sungai Kandis lagi supaya rakyat memilih parti pemerintah yang tepat, namun rakyat tidak memahami isyarat itu.

Kesemua PRK di Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong dimenangi calon PH.

Adibah berharap tidak akan ada lagi kenyataan tidak berperikemanusiaan serta unsur-unsur kempen yang melampaui batas, norma dan budaya sebagai rakyat Malaysia dalam mana-mana PRK mendatang.

PRK DUN Semenyih diadakan Sabtu ini berikutan kematian penyandangnya,  Bakhtiar Mohd Nor daripada PH pada 11 Jan lalu akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...