Skip to main content

Strategi kepung api dan pembanjiran kawal kebakaran di Gebeng


KUANTAN -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berjaya memadamkan 70 peratus daripada 60 hektar kawasan kebakaran hutan di kawasan perindustrian Gebeng di sini yang berlaku sejak Isnin lepas. 
Pengarahnya Nor Hisham Mohamad berkata strategi membina empangan dan menaikkan paras air di kawasan kejadian, berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan lain sekaligus membantu bomba memadam kebakaran. 
"Strategi awal mengepung api di dalam petak utama dan melakukan pembanjiran menyeluruh di kawasan hutan nampaknya berkesan dalam memadam kebakaran yang memasuki hari keempat pada hari ini,
"Kita menggunakan kombinasi taktikal iaitu menaikkan paras air secara menyeluruh dengan membina empangan selain pemadaman secara terus oleh anggota," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Nor Hisham berkata penggunaan dua pam berkapasiti tinggi termasuk satu yang dipinjam daripada JBPM Terengganu sejak semalam, memastikan bekalan air dapat diperoleh daripada dua tasik di hutan tersebut. 
"Dua pam ini membantu kita meningkatkan paras air memandangkan ada di antara kawasan terlibat mempunyai bekalan air yang terlalu rendah sehingga menyulitkan kerja memadam api," katanya. 
Nor Hisham menambah operasi hari ini melibatkan 44 pegawai dan anggota bomba termasuk 30 sukarelawan Gebeng Emergency Mutual Aid (GEMA) yang terdiri daripada kilang utama di sini iaitu KANEKA Malaysia, Lynas Malaysia Sdn Bhd, dan Petronas Chemical MTBE Sdn Bhd selain dibantu oleh kilang Alliance Steel (M) Sdn Bhd.
Beliau berkata antara risiko yang dipertimbangkan pihaknya dalam operasi itu ialah kemungkinan anggota terperangkap dalam kebakaran hutan dan kewujudan tanah jerlus yang boleh menyebabkan anggotanya terjatuh sehingga kedalaman satu meter atau pokok tumbang. 
Selain itu, Nor Hisham berkata pihak bomba juga mengambil langkah sewajarnya supaya semua yang terlibat dalam operasi itu tidak terdedah kepada risiko jangka panjang akibat terhidu asap tebal. 
Kebakaran hutan di kawasan perindustrian itu disedari petang Isnin lepas dipercayai bermula di kawasan berhampiran tasik, yang berkemungkinan dilakukan oleh pemancing yang melakukan aktiviti melibatkan api. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...