Skip to main content

Suami isteri teresak-esak dihukum penjara 24 bulan


JOHOR BAHRU -- Pasangan suami isteri dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mendera anak lelaki mereka dari 2017 hingga 18 Feb lepas.
Hakim Kamarudin Kamsun memerintahkan Muhammad Farid Rosli, 29, dan Yuliani Chosibah, 38, dijatuhi hukuman berkenaan bermula tarikh tangkapan pada 19 Feb lepas, selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Kamarudin turut memerintahkan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dan menjalani khidmat masyarakat selama 48 jam terhadap kedua-dua tertuduh dan jika gagal, kedua-duanya boleh dipenjara setahun.
Muhammad Farid, yang juga pemandu bas dan Yuliani, seorang surirumah, warga Indonesia yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun itu, didakwa bersama-sama menganiaya dan membiarkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal di sebuah rumah di Pangsapuri Desa Melayu, di sini.  
Mereka dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau ke­dua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, kanak-kanak berkenaan yang tidak pernah bersekolah adalah anak kandung Yuliani dan anak tiri kepada Muhammad Farid, mula dipukul oleh Muhammad Farid sejak kanak-kanak itu berumur 10 tahun.
Muhammad Farid telah beberapa kali memukul kanak-kanak itu mengguna rotan pada bahagian belakang badan dan tangan manakala Yuliani pula ada memukul dengan menggunakan penyangkut pakaian dengan kejadian disaksikan ibu mentuanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap kedua-dua tertuduh atas beberapa alasan termasuk mengambil kira kepentingan awam kerana penganiayaan kanak-kanak kerap berlaku dalam kalangan orang yang mempunyai hubungan amanah terutama ibu bapa.
Kedua-dua tertuduh yang menangis teresak-esak sepanjang prosiding itu, tidak diwakili peguam.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...