Skip to main content

Tak ada duit, boleh singkir


PETALING JAYA -- Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mempunyai kuasa untuk menyingkirkan mana-mana pasukan didapati tidak mampu meneruskan saingan dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2019, termasuk Perlis FA yang berdepan masalah kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata walaupun kesemua tujuh pasukan sudah menghantar semua dokumen diminta pihaknya sebelum tarikh tutup hari ini, MFL masih perlu meneliti kandungan dan kesahihan dokumen tersebut.

Beliau berkata ia termasuk menyemak kedudukan kewangan pasukan serta status dan pendaftaran syarikat penaja yang dikemukakan pasukan-pasukan tersebut dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Keputusan menyingkirkan pasukan telah dilakukan pada tahun lepas melibatkan kes Kuantan FA dan kita sedar ia perkara yang boleh juga dilaksanakan pada tahun ini. Tetapi, ia perlu mengambil kira banyak perkara dan bukan hanya khabar angin dan maklumat daripada media sosial semata-mata.

“Pegawai Pematuhan MFL, Desmond Dominic Raju bersama Unit Perundangan dan Kewangan akan bekerja keras untuk 24 jam seterusnya bagi meneliti semua dokumen tersebut.

“Maklumat tersebut kemudian akan diberi kepada Lembaga Pengarah membuat keputusan menerusi pekeliling kerana kita kesuntukan masa untuk memanggil mesyuarat. Kami harap keputusan itu boleh dibuat pada Rabu,” katanya ketika ditemui selepas majlis undian pusingan pertama Piala FA 2019 di sini.

Sabtu lepas, MFL mengarahkan tujuh pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji supaya menghantar maklumat tambahan mengenai status kewangan pasukan dalam masa 48 jam.

Antaranya, Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) yang sebelum ini dilaporkan dilanda masalah kewangan sehingga gagal melunaskan bayaran gaji pemain pada awal musim ini, selain turut mempunyai tunggakan gaji 18 pemain tahun lepas.

Kevin turut menjelaskan pihaknya harus meneliti semua maklumat dikemukakan kerana keputusan bakal diambil Lembaga Pengarah itu bukan sahaja memberi kesan kepada pasukan, malah turut melibatkan pemegang taruh lain.

“Contohnya, ia akan memberi kesan kepada penyokong pasukan itu sendiri yang mencintai dan memberi sokongan padu kepada pasukan itu sejak begitu lama. Bagi penaja-penaja kecil baru berminat memasuki (arena penajaan) bola sepak, perkara seperti ini mungkin boleh menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan penajaan dalam industri bola sepak,” katanya.

Ditanya mengenai status Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia (PMOM), Kevin berkata pencarian Pengurus Besar untuk menerajui badan itu berjalan lancar dan beberapa keputusan pengadil dalam Liga-M yang boleh dipertikaikan mengukuhkan lagi keperluan mewujudkan badan pengadil bebas tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...