Skip to main content

Tak mengaku bersalah menghina Nabi


KUALA LUMPUR -- Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua tuduhan memuat naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang dikatakan Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Sayidatina Aisyah menerusi akaun Facebook miliknya.
Wai Foo Sing, 68,  didakwa telah memuat naik satu hantaran melalui aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil  Facebook “Foo Sing Wai” yang mana tindakan itu  berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan agama di antara kumpulan yang beragama Islam dengan bukan beragama Islam di seluruh negara.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 5 petang, 17 Feb lepas dan hantaran itu  telah dibaca pada 18 Feb lepas pada 12 tengah hari di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27 , Menara KPJ, Wangsa Maju
Wai didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum menurut Seksyen 298A(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua hingga lima tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membuat dan menghantar komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui perkhidmatan aplikasi sama pada tarikh sama dan hantaran itu dibaca juga pada tarikh serupa di tempat sama.
Pertuduhan  mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal tidak menawarkan  wang jaminan dengan alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin, bagaimanapun katanya sekiranya mahkamah membenarkan jaminan beliau memohon jumlah tidak kurang RM30,000.
“Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius malah jaminan yang ditawarkan ini tidak melampau mengambil kira perbuatan yang dilakukan. Kes ini juga  mendapat perhatian masyarakat kerana kes ini melibatkan agama dan Nabi.
“Jika jumlah jaminan rendah, saya  bimbang boleh memberi persepsi negatif kepada orang awam terhadap sistem kehakiman. Jaminan munasabah adalah bagi menjamin kehadiran tertuduh ke mahkamah,” katanya.
 Wai yang tidak diwakili peguam merayu supaya jaminan dibenarkan dengan jumlah jaminan rendah kerana dia tidak bekerja dan mempunyai masalah kesihatan.
“Saya menghidap penyakit kencing manis dan tidak bekerja.Saya juga tidak mempunyai wang yang banyak untuk membayar jamin mohon jaminan dikurangkan,” katanya.
 Hakim M.M Edwin Paramjothy membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 April untuk sebutan semula kes.
Pada 19 Feb lepas, Bernama melaporkan polis menahan seorang warga emas di sebuah taman perumahan di Mentakab, Temerloh, pada kira-kira 11.30 pagi bagi membantu siasatan kes berhubung menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Sayidatina Aisyah.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...