Skip to main content

Tidak benar elaun nelayan & petani dihenti


JOHOR BAHRU -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub hari ini menafikan elaun sara hidup nelayan serta subsidi kepada petani dihentikan. 
Malah tegas beliau, kerajaan memberi jaminan bantuan itu tetap diteruskan.
“Tidak ada isu (sebab) untuk saya dan pihak kementerian menghentikan bantuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program SWM Kasih Misi Sampul Merah@Amitabha Malaysia, di sini.
Menurutnya isu bantuan dihentikan itu heboh berikutan ada antara nelayan dan petani yang tidak lagi menerima elaun dan subsidi tersebut selepas pihaknya melaksanakan program pemutihan.
"Saya boleh berikan jaminan pihak kementerian akan memberikan bantuan dan subsidi serta apa jua insentif kepada golongan sasaran iaitu petani dan nelayan tulen yang mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang tidak lagi menerima bantuan tersebut  agar membuat rayuan kepadanya dan beliau akan meminta pegawainya menyiasat.
Sementara itu, Salahuddin berkata proses pemutihan yang bertujuan mengenal pasti golongan sasaran yang benar-benar layak menerima bantuan kini hampir 90 peratus selesai. 
"Sejak saya ambil alih kementerian pada Mei 2018, saya telah minta pegawai saya untuk lakukan pemutihan terhadap dua golongan ini (petani dan nelayan) kerana terdapat fakta dan statistik yang agak mengelirukan tentang berapa jumlah yang sepatutnya terima subsidi daripada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan segala bantuan sampai kepada golongan sasaran selain tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...