Skip to main content

Tidak bermakna RM90 juta tak masuk


KLANG -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil masa untuk menyiasat dakwaan PAS menerima wang berjumlah RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata suruhanjaya itu mungkin belum mendapat maklumat sepenuhnya berhubung kes itu.

“Kenyataan SPRM bahawa tiada sebarang wang RM90 juta daripada 1MDB yang dikesan dimasukkan ke dalam akaun rasmi PAS setakat ini, ia mungkin kerana SPRM belum dapat maklumat sepenuhnya…ia (siasatan) mengambil masa.

“Setakat ini banyak lagi pencurian duit oleh Najib (bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) yang SPRM tidak punyai masa untuk selidik, jadi ini tidak bermakna Najib tidak curi, cuma tidak diselidik…kita tunggulah benar atau tidak (dakwaan),” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kilang Metrod Holdings Bhd di sini hari ini, yang turut dihadiri pengasasnya, Apurv Bagri dan pengerusi Metrod Holdings Datuk Abu Hassan Kendut.

Ketika mengesahkan perkara itu semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata hasil siasatan pihaknya sejak awal bulan ini mendapati tiada bukti transaksi yang boleh dikaitkan dengan dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, diminta mengulas kenyataannya semalam bahawa beliau tidak faham dengan sikap PAS yang berpendirian tidak tetap dalam menyuarakan sokongan terhadapnya untuk kekal sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sokongan daripada parti itu.

Ini kerana, kata perdana menteri, beliau mendapat sokongan daripada wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang jumlahnya lebih ramai di Dewan Rakyat.

“Saya perlukan sokongan lebih 50 peratus wakil rakyat, saya tidak perlu sokongan daripada PAS kerana PH sendiri mempunyai lebih daripada separuh kerusi dalam Dewan Rakyat. Sokongan itu sokongan daripada (parti) yang sudah pun menang bukan dari mereka yang nak kalah tetapi nak bagi menang.

“…tetapi kalau dia (PAS) nak sokong dia sokonglah, tak usahlah cakap pada saya dia sign surat konon nak sokong…tidak sebut nak sokong PH cuma nak sokong saya sahaja, tetapi saya bukan kerajaan, kerajaan mestilah PH,” katanya.

Baru-baru ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan menemui Dr Mahathir di Putrajaya bagi menyatakan sokongan kepada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu jika berlaku pengkhianatan daripada mana-mana parti komponen PH.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...