Skip to main content

Tidak timbul soal tidak sokong UMNO


MARANG -- PAS hari ini menegaskan tidak timbul soal parti itu tidak menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih, berikutan pertemuan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lepas.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan perakuan bertulis yang berbentuk contoh yang diberikan kepada Dr Mahathir dalam pertemuan itu hanyalah komitmen sokongan PAS atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Di sebalik sokongan itu, Takiyuddin menegaskan tiada sebarang isu berkenaan perakuan bertulis daripada pihak PAS untuk tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih.

PAS berpendirian tidak akan bertanding dalam PRK itu dan memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) dengan tahap komitmen serta kadar penglibatan yang berbeza keadaannya berbanding PRK Cameron Highlands lalu. 

Katanya, pertemuan yang berlangsung di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur itu hanyalah berkisar tentang kerjasama antara Pusat dan negeri terutama membabitkan Kelantan dan Terengganu.

Pertemuan itu turut dihadiri Takiyuddin dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.  

"Persetujuan turut dicapai untuk menjalin kerjasama yang lebih baik berdasarkan semangat federalisme di antara kerajaan Persekutuan dan negeri Kelantan serta Terengganu khususnya yang berkaitan pentadbiran, pembangunan dan pemberian royalti," kata Takiyuddin pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa harian PAS dipengerusikan Abdul Hadi di sini.

Katanya, PAS juga melahirkan sokongan terhadap kepimpinan Dr Mahathir sekiranya berlaku pengkhianatan di kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata PAS telah memutuskan tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih.

Katanya, perkara itu disuarakan Abdul Hadi dalam pertemuan dengan beliau pada Jumaat.  

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...