Skip to main content

UMNO dan PAS tak akan kahwin


MELAKA -- UMNO tidak akan 'berkahwin' dengan PAS dalam membentuk sebuah kerjasama bagi memperjuangkan matlamat penyatuan umat Melayu dan Islam di negara ini.
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO dan PAS akan terus kekal sebagai sebuah parti mengikut acuan masing-masing namun berjuang demi sebuah matlamat yang sama.
Beliau berkata UMNO dan PAS adalah sama-sama 'anak jantan' dan bagaikan adik beradik walaupun telah mengikut haluan berbeza sejak sekian lama sebelum ini.
"Adik beradik, sama-sama anak jantan nak kahwin bagaimana?. PAS dan UMNO sering berbeza pendapat dalam banyak hal tetapi perjuangan kedua-dua parti tetap sama iaitu mempertahankan maruah dan kepentingan umat Islam serta Melayu.
“Kita (UMNO dan Pas) perlu bersatu semula sebagai adik-beradik, kita hilang kekuatan kerana kita berpecah-belah jadi mulai sekarang kita berjuang dengan cara masing-masing tapi matlamat kita tetap satu,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Ceramah Perdana: Islam Memimpin’ di Bukit Katil di sini malam ini.
Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya Pas Melaka Kamaruddin Sidek dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata beliau sedih dengan senario pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila umat Islam dan Melayu berpecah dengan memilih parti yang dianggotai mereka seterusnya memecahkan undi golongan itu.
Beliau berkata lebih menyedihkan apabila ada generasi muda yamg kurang memahami sejarah negara dan memilih hanya kerana marah mereka kepada UMNO dan PAS seterusnya tersalah pilih.
"Islam jadi titik menyatukan kita semua. Dengan cabaran yang mendatang kini kita perlu bersatu. Benci berkelahi ada batas, boleh jadi orang itu jadi sahabat kita suatu hari nanti. Lebih lagi dalan Islam kita semua adalah bersaudara.
"Kita adik beradik memang tak boleh nikah tetapi apa yang penting kita bersatu demi satu matlamat. Jadikan pertemuan demi pertemuan kembalikan kekuatan ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...