Skip to main content

UMNO bukan lawan mudah di Semenyih


SEMENYIH -- Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PH tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan akan bekerja keras bagi memastikan calonnya mendapat kemenangan dengan majoriti yang besar.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata pihaknya menyedari tentang kerjasama UMNO dan PAS yang mungkin memberi tentangan sengit pada PRK yang dijadual berlangsung 2 Mac itu.

"Kita telah mengambil kira dalam kajian kita, dahulu wakil kita yang menang Allahyarham (Bakhtiar Mohd Nor) mendapat majoriti lebih 8,000 undi namun bila buat simulasi dicampur (jumlah undi) UMNO dan PAS, majoriti kita menurun kepada kira-kira 1,900 undi sahaja. 

"Itu simulasi. namun kali ini apa jua bentuk kerjasama mereka, itu tidak penting. Yang penting kita bekerja keras di sini," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon PH bagi PRK berkenaan iaitu Muhammad Aiman Zainali di sini hari ini.

Muhyiddin turut menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan kerjasama kedua-dua parti tersebut –  sama ada parti PAS yang "menunggang" UMNO atau sebaliknya.

"Saya pun sudah lama dalam politik, tahu sejarah. Kadang-kadang ini (kerjasama) untuk seketika, tetapi realitinya apakah PAS dan UMNO akan betul-betul bergabung sebagai sebuah parti, tetapi itu soal merekalah" katanya

Muhyiddin juga mahu rakyat khususnya pengundi di DUN Semenyih menilai perjuangan PAS yang sanggup bekerjasama dengan UMNO walaupun mengetahui banyak masalah yang berlaku dalam parti itu.

“PAS patut tahu UMNO telah melakukan banyak kemungkaran. Saya terbuang, tersingkir dalam kerajaan dahulu kerana saya bersuara menentang kemungkaran dan kesalahan.

“Saya rasa agak hairan PAS yang kata berjuang atas nama Islam, dia tahu kemungkaran berlaku, kerosakan Tabung Haji, Felda dan 1MDB tetapi masih nak bermesra (dengan UMNO). Itu tidak menunjukkan sikap Islamiknya,” tambahnya.

Katanya, ia berbeza dengan kerjasama antara parti komponen PH yang mahu menjadikan Malaysia kembali berada di landasan yang gemilang.

Muhyiddin turut berkata beberapa anggota Parlimen yang baharu menyertai Bersatu dijangka turun padang membantu kempen pada PRK berkenaan yang menjadi platform menguji kesetiaan dan keikhlasan mereka membantu parti.

PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Allahyarham Bakhtiar, 57, yang mewakili Bersatu, menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Johan Abd Aziz (Barisan Nasional), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM) dengan majoriti 8,964 undi.

Bakhtiar, yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat, memperoleh 23,428 undi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...