Skip to main content

Wisma Putra sahkan 47 rakyat Malaysia bebas


KUALA LUMPUR -- Wisma Putra mengesahkan kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara wilayah Banteay Meanchey dibebaskan pada pukul6.30 petang waktu Kemboja (7.30 malam waktu Malaysia). 
Wisma Putra bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri Sarawak dan pihak berkuasa Kemboja untuk mengatur perjalanan pulang kesemua tahanan dengan segera.
Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan Timbalan Perdana Menteri Kemboja yang juga Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa, Prak Sokhonn untuk perhatian peribadi yang diberikan mengenai perkara itu, menurut Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini.
“Malaysia juga ingin merakamkan penghargaan kepada Menteri Kanan (Misi Khas), Menteri Dalam Negeri, Menteri Kehakiman dan semua pihak berkuasa Kemboja yang telah menghulurkan kerjasama bagi pembebasan 47 warga Malaysia.  
“Kementerian juga menghargai kerjasama erat yang diberikan oleh Anggota Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan kerajaan negeri Sarawak, yang telah membawa kepada pembebasan awal rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu. 
Susulan insiden itu, kementerian mengingatkan semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati terhadap peluang pekerjaan yang ditawarkan di negara asing dan sentiasa mengesahkan dengan bakal majikan.
“Rakyat Malaysia harus sentiasa waspada serta mematuhi undang-undang dan peraturan negara asing yang mereka lawati,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Bernama melaporkan kesemua 47 tahanan rakyat Malaysia itu dibebaskan hari ini selepas beberapa rundingan diadakan antara pegawai kedua-dua negara.
Perdana Menteri Kemboja Hun Sen meluluskan pembebasan itu setelah mendapati mereka ditipu sindiket agensi pekerjaan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...