Skip to main content

ADUN Sungai Manik nafi akan menggantikan Ahmad Faizal


IPOH -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharudin menafikan dakwaan kononnya beliau dipanggil menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menggantikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata dakwaan itu berniat jahat dan pada masa yang sama mahu merenggangkan hubungannya dengan Ahmad Faizal. 

"Secara peribadi saya tidak ada tekanan dengan apa yang ditularkan termasuk yang terkini (kononnya) saya menghadap tuanku (untuk dilantik Menteri Besar), semuanya pada saya tidak benarlah. 

"Kalau mendapat sesuatu berita ataupun perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri, adalah lebih baik ia dirujuk kesahihannya kepada individu yang berkenaan," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini. 

Sebelum ini, sebuah blog mendakwa Zainol Fadzi yang juga Penasihat Menteri Besar Perak, menghadap Sultan Nazrin bagi dilantik ke jawatan menteri besar. 

Blog sama turut menegaskan lantikan itu dibuat kerana kononnya Ahmad Faizal gagal mentadbir kerajaan negeri dengan baik. 

Sementara itu, ditanya mengenai pertemuan beliau dengan beberapa pemimpin dan wakil rakyat Barisan Nasional, Zainol Fadzi berkata perbincangan mereka hanya terarah kepada masalah dan isu rakyat di kawasan masing-masing.

“Saya tidak tahu dari mana isu (sertai BN) timbul," katanya.

Beliau berkata isu tersebut sengaja didendangkan bagi mencemar kredibiliti dan imej kerajaan negeri di mata rakyat. 

"Saya rasa isu ini dimainkan semula kerana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pun dah nak bermula kembali dan dengan adanya isu seumpama ini, ia diharap mampu menarik perhatian rakyat," katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...