Skip to main content

Afidavit Hakim Hamid Sultan bersifat menghina dan melampau


KUALA LUMPUR -- Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum memfailkan permohonan untuk memadamkan sebahagian afidavit sokongan yang diikrarkan Hakim Mahkamah Rayuan,  Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer kerana ia melampau, bersifat menghina dan adalah satu serangan  kepada Badan Kehakiman.

Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili Ketua Hakim Negara memberitahu pemberita bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan itu pada 7 Mac lepas dengan alasan bahawa afidavit itu  melampau, bersifat menghina, tidak berkaitan dan hanya bersifat dengar cakap.

“Ia juga satu serangan ke atas Badan kehakiman secara keseluruhan,” katanya selepas pengurusan kes berkenaan di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Firuz Jaffril di sini hari ini.

Suzana berkata mahkamah menetapkan 3 April untuk pengurusan kes itu.

Pada 14 Feb lepas, Hamid Sultan mengikrarkan afidavit itu bagi menyokong saman pemula difailkan peguam Sangeet Kaur Deo. 

Sangeet, anak bekas Pengerusi DAP Karpal Singh, memfailkan saman pemula terhadap Ketua Hakim Negara berhubung dakwaan campur tangan terbuka Badan Kehakiman dalam keputusan kes Akta Hasutan Karpal Singh dan kes penukaran agama tiga kanak-kanak beragama Hindu.

Sementara itu, Sangeet berkata pihaknya akan meneliti kedudukan dari segi perundangan sama ada perenggan berkenaan boleh dipadamkan. 

Pada 14 Jan lepas, Sangeet memfailkan saman pemula itu bagi memohon perintah deklarasi bahawa Ketua Hakim Negara gagal dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Badan Kehakiman Malaysia untuk mempertahankan integriti dan kewibawaan badan kehakiman apabila gagal menyempurnakan siasatan dalaman berhubung keputusan rayuan membabitkan kes hasutan mendiang Karpal Singh dan kes guru tadika, M. Indira Gandhi.

Sangeet mendakwa isu itu timbul apabila peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan rayuan dalam kes Akta Hasutan mendiang Karpal Singh telah diubah akibat campur tangan kehakiman oleh seorang hakim kanan dan perkara itu dilaporkan oleh portal berita dalam talian, Free Malaysia Today pada 22 Ogos, 2018.

Peguam itu turut mendakwa terdapat campur tangan kehakiman dalam kes Indira Gandhi dan perkara itu diumumkan secara terbuka oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dalam ucapan beliau pada Persidangan Undang-undang Antarabangsa pada 16 Ogos, 2018.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Pendapatan RM2 juta tanam tembikai wangi

KOTA BHARU -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) gembira apabila pendapatan 29 peserta Ladang Kontrak Projek Agrotourism di Kampung Banggol di sini kini hampir mencecah RM2 juta setahun. Pengerusinya, Ishak Ismail berkata beliau yakin hasil penanaman tembikai wangi yang mereka usahakan di sebidang tanah berkeluasan lebih 40 hektar di kampung itu akan mencecah lebih RM2 juta pada tahun ini berdasarkan kepada mutu buah yang semakin baik dan mendapat permintaan tinggi. "Pendapatan mereka kini meningkat pada setiap tahun dan sebagai perbandingan pada 2011 mereka mendapat sekitar RM235,000 dan pada tahun lepas pendapatan mereka sudah mencecah hampir RM2 juta. "Ini hasrat kita untuk melihat petani ini berjaya dan akhirnya keluar daripada garis kemiskinan dan sebab itu FAMA akan membantu mereka berjaya dalam pertanian," katanya kepada Bernama selepas majlis  menandatangani perjanjian jual beli tembikai...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...