Skip to main content

Akhirnya Roisah dapat status warganegara


PUTRAJAYA -- Pelajar cemerlang tanpa kerakyatan, Roisah Abdullah, akhirnya berstatus warganegara Malaysia setelah beberapa kali membuat permohonan sejak tahun 2013.

Gadis itu yang bakal menyambut ulang tahun ke-22 bulan depan hadir bersama ibu angkatnya, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini bagi mengambil surat kelulusan sebagai  warganegara itu.

Roisah yang kelihatan ceria menzahirkan keterujaannya untuk mendapatkan kemudahan yang dinikmati warganegara Malaysia yang lain antaranya perkhidmatan kesihatan, membuka akaun bank dan mendapatkan lesen memandu.

"Saya hendak mendapatkan kad LRT (pas perjalanan Rapid KL) dahulu," katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai perkara pertama yang ingin dilakukannya setelah mendapat kad pengenalan.

Pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Kapar, Klang dengan keputusan 3A, 1B itu sebelum ini dilaporkan menghadapi kesukaran untuk melanjutkan pelajaran berikutan tiada dokumen pengenalan diri.

"Masalah mula timbul semasa di sekolah menengah sebab banyak urusan memerlukan kad pengenalan," kata Roisah, sambil menambah levi sebanyak RM240 juga perlu dibayar setiap tahun kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk memasuki sekolah kerajaan bagi bukan warganegara.

Gadis itu dilaporkan dilahirkan oleh seorang wanita warga asing di sebuah klinik di Klang, manakala bapanya yang merupakan warganegara Malaysia tidak diketahui identitinya.

Roisah dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat namun ibu angkatnya meninggal dunia pada tahun 2014 dan beliau kemudiannya tinggal bersama saudara keluarga angkat tersebut.

Susulan laporan tersebut, Roisah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam bidang perakaunan di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) pada tahun lepas.

Sementara itu, Zuraida yang juga Anggota Parlimen Ampang berkata beliau terpanggil untuk membantu Roisah dengan mendaftar sebagai ibu angkat pelajar itu setelah isu tersebut dibawa ke pengetahuannya oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pada Mei tahun lepas.

“Saya mendapati kes ini tulen dan dia dinafikan kewarganegaraan, justeru jika dengan  menjadi ibu angkat dapat membantunya, saya bersedia.

“Kemudian saya mendapatkan perintah mahkamah untuk menjadi ibu angkat, dan begitulah kisah bagaimana ianya bermula,” kata beliau.

Ditanya sama ada Roisah tinggal bersamanya, Zuraida berkata ketika ini pelajar tersebut tinggal berdekatan dengan UniRazak bagi memudahkannya berulang alik untuk menghadiri kuliah.

Dalam pada itu, Zuraida berkata kerajaan mengambil berat isu individu tanpa kerakyatan di seluruh negara dan sedang melaksanakan langkah yang perlu bagi menyelesaikan isu itu.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...