Skip to main content

Bekas penolong pegawai tadbir didakwa pecah amanah RM327,844


MELAKA -- Seorang bekas penolong pegawai tadbir di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Melaka di sini hari ini atas sembilan pertuduhan pecah amanah berjumlah RM327,844.50 antara 2015 hingga tahun lepas.

Di Mahkamah Sesyen pertama, Nada Aimi A. Rahman, 34, meminta dibicarakan terhadap enam pertuduhan melibatkan RM308,987, yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan Nada Aima didakwa melakukan pecah amanah jenayah terhadap harta (wang tunai) tersebut iaitu dengan curangnya menyalahgunakan harta itu bagi kegunaan sendiri.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di MPHTJ, SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall, Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya antara 2015 hingga tahun lepas (2018).

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi enam pertuduhan tersebut sementara menunggu sebutan kes itu pada 22 April ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, Nada Aimi meminta dibicarakan terhadap tiga lagi pertuduhan melibatkan RM18,857.50, yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. 

Beliau dituduh atas kesalahan yang sama, di bawah Seksyen Kanun Keseksaan yang sama dan melakukan kesalahan itu di tempat yang sama antara 2017 dan tahun lepas (2018).

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bagi semua  tiga pertuduhan itu sementara menunggu sebutan kes itu pada 22 April ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Lee Wai Yi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...