Skip to main content

Bomba berjaya kawal kebakaran tanah gambut


KUALA LANGAT -- Kebakaran tanah gambut di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan seluas 89 hektar pada 11 Mac lepas berjaya dipadamkan sepenuhnya pada hari ini.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata kebakaran berkenaan yang menyumbang kepada bacaan indeks pencemaran udara tidak sihat di sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan Banting itu berpunca daripada cuaca panas dan kering yang dihadapi negara dan tindakan petani di sekitar hutan itu yang melakukan pembakaran terbuka.

"Sebanyak 100 anggota pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Angkatan Pertahanan Awam dan Unit Pengurusan Bencana Selangor bertugas untuk memadam kebakaran.

"Sebanyak dua telaga tiub daripada lima telaga tiub yang ada di sini telah diaktifkan bagi membantu kerja-kerja memadam kebakaran.

"Lapan jentera pengorek tanah turut digunakan untuk menggali parit bagi mengelakkan kebakaran merebak dengan lebih luas," katanya dalam sidang akhbar di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Tanjung Sepat di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Nor Izham Mohd Nudin.

Keseluruhan keluasan hutan simpan berkenaan adalah seluas 3,144.5 hektar.

Tambah Ahmad Fairuz, selain kebakaran di hutan simpan berkenaan, terdapat dua lagi kebakaran tanah gambut di sekitar Selangor iaitu di Hutan Simpan Raja Muda Musa di Bestari Jaya seluas lapan hektar dan di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Komandol, Teluk Panglima Garang di sini seluas enam hektar.

"Operasi memadam kebakaran sedang dilakukan di kedua-dua kawasan berkenaan oleh pasukan yang terlibat," katanya.

Kata Ahmad Fairuz sebagai langkah pencegahan pihaknya telah mengaktifkan sebanyak enam telaga tiub di Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan lima Hutan Simpan Kuala Langat Selatan bagi meningkatkan paras air di dalam tanah gambut berkenaan untuk mengelakkan kebakaran mudah berlaku.

Sementara itu, Nor Izham berkata anggotanya akan kekal berada di kawasan hutan berkenaan sehingga keadaan dipastikan telah betul-betul selamat dari berlaku kebakaran susulan.

"Buat masa ini anggota kami sedang mengalirkan air ke kawasan yang dipercayai terdapat saki-baki bara yang berpotensi untuk menyebabkan kebakaran susulan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...