Skip to main content

Bukan Francis Light yang membuka Pulau Pinang


KUALA LUMPUR -- Masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat tepat  mengenai sejarah awal Pulau Pinang terutama tanggapan mengenai pembukaan pulau mutiara itu oleh Francis Light pada 1786 itu adalah tidak benar, kata penyelidik sejarah negeri itu.

Pensyarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata usaha itu boleh dilakukan melalui media sosial, satu medium penyebaran maklumat yang pantas dan berkesan bagi mengubah tanggapan masyarakat selama ini.

Beliau berkata, medium itu berupaya menjadi penggerak utama menyampaikan maklumat yang tepat kerana kajian mendapati negeri berkenaan telah mempunyai penduduk sejak tahun 1730-an sebelum kedatangan wakil kompeni Inggeris itu pada 1786.

“Media sosial perlu digunakan kerana ia saluran yang berpengaruh dan kita sedang berusaha untuk mengalih kesedaran masyarakat kini berhubung tanggapan popular bahawa Francis Light membuka Pulau Pinang pada 11 Ogos, 1786.

"Kajian membuktikan bahawa terdapat kelompok masyarakat Melayu sejak tahun 1730-an di Pulau Pinang dengan adanya masjid, salasilah dan asal-usul,” katanya kepada pemberita selepas majlis Forum Wadah Cendekia 'Francis Light Bukan Pembuka Pulau Pinang’ di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Antara usaha yang dilakukan beliau untuk memberi kefahaman jelas mengenai sejarah awal Pulau Pinang ialah melalui penulisan buku Batu Uban Sejarah Awal Pulau Pinang yang diterbitkan pada 2015 dan telah diguna pakai dalam silibus Buku Teks Sejarah Tingkatan Tiga sejak 2018. 

Sementara itu, penulis buku Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Dr Ahmad Jelani Halimi berkata tindakan Francis Light menduduki Pulau Pinang tidak mendapat izin Sultan Kedah Sultan Abdullah yang ketika itu adalah pemerintah bagi kawasan itu.

"Pendaratan Francis Light ke Pulau Pinang dan mengisytiharkannya sebagai koloni British adalah haram dan tidak sah kerana Sultan Abdullah tidak pernah memberi kebenaran kepadanya untuk berbuat demikian pada masa itu.

"Maka polemik sejarah pembukaan Pulau Pinang ini perlu dihentikan dengan memberi kesedaran kepada orang awam mengenai jaluran sejarah yang sebenar,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...