Skip to main content

Cuaca panas, kambing pun perlu mandi


KULIM -- Umum mengetahui kambing termasuk dalam kalangan haiwan yang takut air dan tidak suka mandi, namun seorang penternak di Kampung Sungai Seluang di sini terpaksa memandikan haiwan peliharaannya setiap hari ekoran cuaca panas yang membuatkan kambingnya itu kelihatan kurang bermaya. 

Muhammad Iqbal Ahmad, 25, yang mula menternak kambing sejak tiga tahun lalu itu berkata ini kali pertama cuaca panas memberi kesan kepada ternakannya.

"Selalunya saya mandikan kambing pada waktu tengahari antara jam 12 atau pun 1 tengahari, kerana waktu ini cuaca memang panas.

"Selepas bagi mandi, saya boleh nampak kambing kembali segar dan aktif seperti selalu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di ladangnya di sini.

Muhammad Iqbal berkata air minuman untuk haiwan ternakannya itu juga perlu sentiasa diperiksa bagi memastikan bekalan air mencukupi sepanjang hari.

"Kebiasaannya saya sediakan dua hingga tiga bekas berisipadu 10 hingga 15 liter untuk lima hingga enam ekor kambing dalam satu masa," katanya yang kini menternak  lebih 50 ekor kambing serta biri-biri.

Muhammad Iqbal berkata bagi mengurangkan kesan cuaca panas kepada haiwan ternakannya itu pembinaan kandang kambing yang mengikut spesifikasi disarankan Jabatan Veterinar juga penting.

"Saya juga turut membeli vitamin yang sesuai untuk kambing-kambing ini selepas mendapat nasihat jabatan veterinar bagi memastikan ternakan sihat walaupun cuaca panas," katanya.

Semenara itu, pemilik ladang ternakan di Jalan Kampung Pisang dekat sini Muhammad Sobri Ishak, 25, pula berkata keadaan sama pernah berlaku beberapa tahun lalu apabila ada  kambing ternakannya mati akibat cuaca panas melampau.

Muhammad Sobri berkata selain bekalan air minuman yang mencukupi pemilihan makanan juga penting ketika cuaca panas di mana kambingnya diberi makan rumput segar dan kurangkan dedak atau pelet.

Beliau memasang alat semburan air di bahagian bumbung kandang  bagi memastikan kambingnya  berada dalam keadaan selesa ketika menghadapi cuaca panas.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...