Skip to main content

Demografi pengundi DUN Ranrau beri kelebihan kepada PH


SEREMBAN -- Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang besar untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan 13 April depan memandangkan demografi pengundi di kawasan itu tidak sama dengan DUN Semenyih, Selangor.

Pengerusi PH Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata dengan strategi yang telah dirangka berserta calon boleh menang, PH mampu menawan kerusi yang dianggap kubu kuat UMNO tersebut.

“Kita kena lihat dalam politik ini kita tidak bergantung kepada persepsi sahaja tapi kita kena lihat demografi dan geografi di sesuatu tempat. Kita tahu pengundi-pengundi di sesuatu tempat itu tidak sama bilangannya, di samping itu juga kita melihat potensi di Rantau adalah tidak sama di Semenyih.

“Jadi bagi saya PH yang turun sebagai ‘underdog’ akan turun sebagai pesaing dan kita rasa kita mempunyai peluang,” katanya  selepas Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2018.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan kerjasama pembangkang PAS dan UMNO akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada PRK itu.

Mengenai desas-desus Naib Ketua Cabang PKR Rembau Datuk Hanif Hassan dan bekas Duta Malaysia ke China Datuk Iskandar Saharuddin antara nama yang berpotensi dicalonkan pada PRK itu, Aminuddin yang juga Menteri Besar, berkata terdapat ramai calon dikemukakan.

 “Waktu untuk kita umumkan calon lama lagi… kita sentiasa terbuka siapa nak jadi calon boleh hantar nama,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK DUN Rantau akan diadakan pada 13 April ini dengan penamaan calon pada 30 Mac manakala hari mengundi awal ditetapkan pada 9 April.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...