Skip to main content

Denda RM7,000 muat naik gambar aib kenalan di Facebook


PETALING JAYA -- Seorang wanita warga Thailand yang sedang hamil empat bulan dijatuhi hukuman denda RM7,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memuat naik gambar bogel kenalannya di laman sosial Facebook, Ogos tahun lalu.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Miss Sirirat Pichetwanich, 33, selepas dia mengekalkan pengakuan bersalahnya pada hari ini selepas pertuduhan dibacakan semula terhadapanya dalam Bahasa Inggeris.

Miss Sirirat didakwa menggunakan aplikasi Facebook dengan nama samaran 'IamthebonusIamthebonusiamthebonus' secara sedar memuat naik gambar bogel kenalan wanitanya yang juga warga Thailand dengan kapsyen yang bertujuan untuk mengaibkan wanita itu.

Kesalahan itu dilakukan di Kelab King Way, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur,  pukul 2.00 pagi, 23 Ogos 2018 mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili wanita itu memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya mempunyai dua anak yang masih kecil berusia satu dan empat tahun.

"Anak guam saya juga sedang hamil empat bulan dan ini merupakan kesalahan pertamanya," katanya.

Mengikut fakta kes, pada 23 Ogos tahun lalu, mangsa yang warga Thailand dihubungi oleh rakannya yang memaklumkan ada satu profil akaun Facebook atas nama 'IamthebonusIamthebonusiamthebonus' memuat naik gambar bogelnya di situ.

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan suami kepada tertuduh memaklumkan pihak berkuasa bahawa akaun Facebook itu milik isterinya sebelum wanita itu ditahan pihak polis.

Hasil siasatan mendapati tertuduh memuat naik gambar bogel mangsa yang terdapat di dalam telefon bimbit suaminya yang bekerja sebagai Eksekutif Teknologi Maklumat.

Difahamkan, tertuduh berbuat demikian selepas mendapat tahu mangsa yang juga warga Thailand pernah menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...